Sunday, October 17, 2010

Kipas susah mati kerang

Lately, kegilaan terhadap kerang rebus semakin menjadi jadi jadi! Haha.. mengapakah? tiadalah saya tahu punnn.. <--tiru nasree_gtf

Asal pergi kedai makan, nampak je kerang, terus order sebakul (bakul kecik je ok). Tidak kisahla betapa berat main meal yang telah diorder. Golongan tamak haloba ke aku? ke Habola? haha. Gila pulak jadinye menaip blog pepagi buta ni. Oooh, jam tepat 2.00 pagi. sempat tengok jam dinding depan mata.

Kerang dalam bahasa Inggeris ape eh? Selama sekolah smpai habis universiti ni. Baru hari ni tahu. Ohh jahilnya vocabulary ku! Nak tau apa? COCKLES. Ok, ingt ye kengkawan handalan semua.. kerang tu cockle, cockles tu kerang = sedap. Nyum!!

Di dalam kegilaan ku makan kerang ni, ada la jugak yang bagi pendapat, makan kerang ni elok..gini gini gini... boleh tambah darah la..then boleh jadi gemuk la..itu meraban... and ada jugak yang cakap plak tak elok sangat makan kerang..bla bla bla..blub blub.gulp. lemas sudah... 

Tahukah anda? chewah.. ngihi..dah suka mesti mahu promot wokey?

ulang semula,

TAHUKAH ANDA?
Kerang mengandungi protein dan zat yang sangat berguna untuk tubuh badan manusia.
Kerang jua dipercayai dari zaman purba boleh meningkatkan tenaga dan ghairah seks.
Di dalam setiap isi kerang mengandungi zat besi dan Vitamin B12 yang sangat bagus untuk melancarkan pengaliran oksigen dalam badan. Bagus untuk orang macam saya yng selalu migrain dan saket kepala kerana kurang oksigen di pam ke kepala. Eh betul ke? haha

Last but not least, elemen yang menambah albumin dalam darah adalah lendir kerang itu sendiri.

0oo.....

Tak kisahla. yang pasti saya suke kerang rebus! ^_^

p/s: teringat iklan kat radio, money can buy happines.. yes! threat me kerang rebus, I will be happpy! haha

2 comments:

Popular Posts