Saturday, October 30, 2010

Claim untuk Lapor diri

Ini yang bagus ni kaalau keje gomen ni. Selain dapat elaun macam-macam masa keje, rupanya dapat jugak claim untuk pergi lapor diri haritu. Tapi claim ni lain sikit dengan claim minyak kalau dah betul-betul kerja.

Claim untuk tambang kita pergi lapor diri ni disediakan dibawak Skim Bayaran Balik Tambang Lantikan Pertama.  Olehjkerana tak boleh claim pakai mileage, kene claim melalui kadar yang dah dorang tetapkan jela. Misal katae dalam kes angafey ni. Claim yang dapat diclaim (bahasa apekahhh?) hanya sedikit ini sahaja.. tapi ape pun syukur la kan..ada jugak dapat duit balik.. ^_^

Claim Lantikan Pertama
  • Bermula dari alamat kediaman dalam surat lapor diri ke tempat lapor diri.
    • Muadzam Shah ----> Putrajaya                                                          :      RM 65 
  • Dari tempat lapor diri pertama ke tempat lapor diri kedua       
    • Putrajaya ------> Muadzam Shah                                                       :      RM 65
Total dapat semua : RM130 nett

Tapi bila dah start keje sebulan, baru la boleh claim untuk mileage. If, claim lantikan pertama boleh claim pakai mileage. Banyak jugak leh dapat. Contohnyes:

Muadzam ---> Putrajaya = 260km (lalu kuantan)
Putrajaya ---->Muadzamm = 260km (lalu kuantan)
Total Mileage : 520 km
Hotel : 160/sehari atau RM 55/sehari untuk lojing kalau xde resit.

So, 520km x 0.70 sen = RM364 + RM55(lojing) = Jumlah claim boleh ditebus = RM 419 nett

p/s: mileage rate per kilometer adalah mengikut gred jawatan anda. If anda bawah dari 41, rate kurang dari itu. If atas dari 41, lagi masyuk la.

woosh..mantop.

Em...bile la nak outstation ke gi kursus ke pasni. Tak sabo nak claim.( ^_^)v

hey! meet my colleagues

Kawan-kawan ku tersayang.. I would like you to meet my dear colleagues at my workplace who have the same day of report duty with mine. ^_^

My dearly lecturer friends from vary departments. Introducing from the left, me, ifa, diba, nurul, leen, shima, reza, sharon, azmir, tan, nuar, pui pui, firdaus and eli.
 Since, the day we came here was the same, we apparently being such close friends to each other. Susah senang sama-sama di dunia kerja yang baru bagi saya ini. They all ni semua lebih kurang kengkawan kita jugak..suka gerak berkumpulan, gila-gila but very friendly and supportive la.Sngt informative juga. I myself could not believe I finally is here as a lecturer. Terasa mcm budak-budak lagi kerana sentiasa ada kawan yang gila-gila begini. One more thing different, they dun have that photography syndrome like us! That makes me miss you all my dearly iium friends. huhu.

pengalaman melapor diri

Pejam celik pejam celik dah 2 minggu dah dengan gomen sebagai PPPT ni. Sekejab sangat rasanya masa jalan. Rasenye baru semalam packing2 barang nak pindah balik Muadzam dari Pandan Jaya.

Ada yang tanya how's the report duty. Since ramai juga kengkawan yang bakal kerja gomen, tak kisah la you all melalui SPP or SPA. The procedure might be different but I think not a big different. Pada yang dah gi interview and bakal pergi interview. All the best k! InsyaAllah ada rezeki tak kemana.

Untuk posting PPPT ni, orang dapat dua(2) surat lapor diri.
  1. Arahan Lapor Diri di Putrajaya under MOHE, 18hb November 2010, Selasa. 8.30 pagi at Dewan Seroja, Presint Diplomatik. Bangunan yang sama orang buat international passport aritu.

 
Masa report duty yang first under MOHE tu mmg dah duk KL da..so xde masalah nak tidur kat mana or nak bertolak sebelum subuh untuk smpai putrajaya or ape. Just bangun macam pergi keje biasa. Lalu MEX yang tenang and bert'tol' itu pukul 7.30 pagi. 8.15 dah sampai sana. Dorang dah susun siap-siap nama mengikut kaunter pendaftaran. Oh ini perlu dicontohi oleh semua orang. Kaunter pendaftaran ada 7 untuk menampung 305 orang penjawat awam yang baru. (campur scholarship holders and open). Kebiasaannya tak campur. Tapi posting kali ni dikatakan panggilan penempatan terbesar untuk menampung kekurangan penjawat PPPT di seluruh politeknik di seluruh negara.

Lepas lapor diri, dapat satu paper back mohe yang dalam die ada Offer Letter and report duty package (sebungkus dokumen2 yang perlu diisi untuk lapor diri kat tempat posting huhu), air mineral, pen, kertas, notebook ha..benda2 bese la kalau pergi conference ke confirm dapat menda2 mcm ni. 

Pastu kene masuk dewan seroja tu untuk dengar taklimat lapor diri PPPT yang disampaikan oleh top management MOHE under JPP (Jabatan Pengajian Politeknik) and the famous called person dalam forumotion PPPT tu..Encik Asyraf. In a nutshell, (aku selalu guna masa SPM kalau wat karangan BI) taklimat tu sentuh pasal etika, prosedure, cara keje penjawat awam la lebih kurang.

  1. Arahan Lapor Diri di tempat bertugas, 19hb November 2010, Rabu, 8.00 pagi. Pahang.
PMS,Pahang
Balik dari Putrajaya dalam puku 1.30. Terus packing2 masuk dalam kereta semua barang and bertolak balik muadzam pukul 3.00 petang. Budget before maghrib mesti smpai rumah sbb takot penat sangat esok nak start keje.Alhamdulillah smpai umah pukul 6.15 ptg.

Kalau ikutkan report duty kene ikut sistem Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) yang gomen applied sekarang. Untuk DH41, WBB yang digunakan ialah dari pukul 8.00 opagi smpai pukul 5.00 petang. So before pukul lapan dah kene ada kat tempat keje untuk punch card. Lewat satu minit kad dah jadi merah. Kalau 3 kali merah, nati dapat kad merah plak. Terjejas la kan reputasi bile kene tindakan tatatertib nih. So, make sure be on time jela pagi tu. (^_^).

Tapi oleh kerana that day was my first day, I pergi report duty pukul 10.00 pagi. Haha..makin lambat plak, mengapa? haha.. sbb tak mau la awal sangat...semangat sangat plak nati orang kata. haha..lagipun penat semalam drive x habis lagi. huhu. Dah la salah tempat lapor diri. Haha.. nama je orang mukzam tapi tak tau mana tempat nak daftar, How Am I suppose to know. Muadzam changes so much oredi. haha

Report duty kat tempat kerja ni leceh sikit since banyak sangat kene buat mengikut procedure DAN ianya tak settle dalam sehari. Mengikut pengalaman, I just settle everything last two days. Meaning it take more than 5 days altogether. Bersiap sedialah kamu yang bakal kerja kerajaan. Make sure these two things always in your keeping.
  1. Ball pen hitam. Not fountain pen or blue pen.
  2. more that 10 passport photos.
 Untuk rujukan sama-sama di bawah semangat satu melesia, ahaks. anatar mende-mende yang dibuat semasa lapor diri ni adalah:
  1. Isi borang pengistiharan harta. (kalau takda, tulis T.I.A.D.A) huhu
  2. Isi borang maklumat latihan.kursus kakitangan (kene induction ke, btn ke, kursus kahwin ke)
  3. Lengkapkan package yang diberi kat putrajaya aritu. Termasuk medical checkup punya report, Aku janji, surat akuan sumpah dll. Kene bagi gambar 5 keping.
  4. Medical checkup ni buat kat hospital kerjaan.FREE. Suh admin uruskan appointment.
  5. Surat aku janji ni kene baca depan pengarah, ala-ala ikrar yang kene angkat tangan tu. Then sain dua kali baru la pengarah sain akhir sekali.
  6. Surat akuan sumpah plak, yang leceh kene cop majistret. Tu yang kene gi mahkamah tu.
  7. KWSP account, salinan IC, salinan buku bank, kene buat kalu nak gaji cepat kurang dari 3 bulan.
  8. Pastikan anda tiada rekod jenayah. Setakat rekod dalam buku disiplin kat sekolah bukan dikira jenayah ok.
  9. Baju kurung kena banyak je kanak-kanak, keje gomen kene pakai baju kebangsaan je. Taknak baju kurung leh pakai cheong sam or sari.mau ke? haha
  10. Bagi lelaki, seluar slack and kemeja mesti mau sebundle.
  11. Kereta cam keperluan je. Dah amek lesen kereta? Saya sudah, anda bile lagi? haha
  12. Borang email organisasi. wat email yang formal tu la. 
  13. Apply sticker kereta. =P
Itu antara kerja-kerja prosedure yang ingat. Ada lagi rasenye yang lain tapi tak teringat lak di pagi pagi sabtu yang tenang dan sejuk gerimis ini. Yoshh..! jumpa lagi. dadidu!

Sunday, October 24, 2010

Lunch @ Kenny Rogers Roaster

As per one week plan, semalam selamat sampai Pandan Jaya pukul 130 pagi. Thanks to the driver yang tekun memandu dari pagi hingga ke pagi hari berikutnya untuk perjalanan sejauh 800km tanpa henti. I syg u extra miles kali ni.Heee~~
**Kesian kamu, nati bile saya dah expert drive manual, saya gilir-gilir dengan kamu ye! Tapi tak tahu la bile tu..haha



Perkiraan dalam hati nak stay Pandan Jaya smpai isnin, tapi unfortunately, kene berebut ticket bus plak dengan bebudak belaja kat Muadzam, belaka-belaka nak balik asrama Isnin jugak.So, tiket amat terhad. Terpaksa la mengalah untuk balik lebih awal. Bangun terus packing-packing ke Hentin Putra, Gamble je ade ke tak tiket.Janji kene balik arini jugak. Alhamdulillah, 15 minit sebelum kul 5 ptg, dapat tiket balik pukul 5.00 tu jugak. Slot waktu lain dah xde.


Tapi before that, pergi Mydin Sinar Kota. Lama sungguh tak pergi shopping kat sana walaupun baru 2 minggu lepas pergi cari replacement luggage untuk my friend yang telah hancur kunci lock nye dikerjakan oleh Pegawai Imigresen kat Amsterdam's airport aritu. Hemm... Sonok betul tengok kain-kain ela kat mydin yang cantik2 dan murah murah belaka. Rambang mata I. Untung je belum gaji, kalau tak mesti pembaziran berlalu kerana overspent kat situ.Huhu

Lepas gi Mydin, barulah cari tempat nak makan. Akak duk promote KRR tu best sngt. Walaupun dulu dah pernah rasa tapi x best. Well, people get improved anyway. Tapi mmg sodap la Main Meal dia yang Quarter Chicken tu. 3-side dishes die pun mantop. Kenyang cap gaban powerangers la! Tambah lagi dengan Tripple Passion drink and Muffin Straberry Ice Cream. Aishh.. xleh jalan memasing. Mendap. Haha. Rega die standard KRR la.. we pay for RM71.20 for two pax. Bleh wat makan nak dekat 2 minggu with that amount of money. Setahun sekali bolehla.

Credit to KRR

plate picnic at Teluk Cempedak

It has been many years since I visited Teluk Cempedak, my first visit experience was bad, it was on 19s something. The beach was completely ruin, dirty and crowded by immoral people. That is why I never prefer TC to have family picnic or strolling over.

But, yesterday. my fate bring me there to show me TC has changed and improved so much. I have to pay a visit to my sister's study place and bring her out for stroll since she complaint how stress she is now in the examination period. So, the nearest place from her institute is TC. Alhamdulillah, tempat put dah cantik, bersih and banyak family dari muka-muka remaja yang sibuk nak melepak x tentu hala. Pantai dia pun tak coklat pekat macam dedulu aku smpai TC ni. Very the bagus. Tak la aku keciwa jiwa merana. Hehe

Teluk Cempedak, Kuantan
Introducing my little sister yang stress sbb nak exam.Haha

She likes the sound of waves.
Windy and strong wave that day
Fried and spicy prawns + pucuk paku + ayam kicap + beras faiza! Menyeleralicious kan! Thanks mum!

Monday, October 18, 2010

Taman Tasek Ampang Hilir

taro's camera would captured this place nicely rather than hp. Huhu
Introducing my older sister yang suka kan rumput tasek ini!
With me.

Hari Ahad haritu kitorang sangat rajin plak nak berjoging-joging. Tapi joging ke? Haha saya dan dia joging, tapi kakak tak. Sport shoes je yang lebih, tapi joging tak sampai dua round pun. Agak-agak satu round tasek pun tak smpai kot. Saya la yang mudah pancit. Huwa..badan dah obersiti dah ni. Walaupun masih menten comel.

This place is nice I think but the walk pathway is too narrow. Tak mampu nak menampung pedestrians yang joging dua hala. Sampai saya terlanggar itu mamat Indonesian yang ala-ala pervert, smapi terbabas ke rumput. It would be good untuk bawak anak kecik berlatih jalan..tapi kalau joging? Sempit sikit kot.

For picture taking? Ok.. since nmpak semua bangunan utama kat KL. ^_^

Sunday, October 17, 2010

Kipas susah mati kerang

Lately, kegilaan terhadap kerang rebus semakin menjadi jadi jadi! Haha.. mengapakah? tiadalah saya tahu punnn.. <--tiru nasree_gtf

Asal pergi kedai makan, nampak je kerang, terus order sebakul (bakul kecik je ok). Tidak kisahla betapa berat main meal yang telah diorder. Golongan tamak haloba ke aku? ke Habola? haha. Gila pulak jadinye menaip blog pepagi buta ni. Oooh, jam tepat 2.00 pagi. sempat tengok jam dinding depan mata.

Kerang dalam bahasa Inggeris ape eh? Selama sekolah smpai habis universiti ni. Baru hari ni tahu. Ohh jahilnya vocabulary ku! Nak tau apa? COCKLES. Ok, ingt ye kengkawan handalan semua.. kerang tu cockle, cockles tu kerang = sedap. Nyum!!

Di dalam kegilaan ku makan kerang ni, ada la jugak yang bagi pendapat, makan kerang ni elok..gini gini gini... boleh tambah darah la..then boleh jadi gemuk la..itu meraban... and ada jugak yang cakap plak tak elok sangat makan kerang..bla bla bla..blub blub.gulp. lemas sudah... 

Tahukah anda? chewah.. ngihi..dah suka mesti mahu promot wokey?

ulang semula,

TAHUKAH ANDA?
Kerang mengandungi protein dan zat yang sangat berguna untuk tubuh badan manusia.
Kerang jua dipercayai dari zaman purba boleh meningkatkan tenaga dan ghairah seks.
Di dalam setiap isi kerang mengandungi zat besi dan Vitamin B12 yang sangat bagus untuk melancarkan pengaliran oksigen dalam badan. Bagus untuk orang macam saya yng selalu migrain dan saket kepala kerana kurang oksigen di pam ke kepala. Eh betul ke? haha

Last but not least, elemen yang menambah albumin dalam darah adalah lendir kerang itu sendiri.

0oo.....

Tak kisahla. yang pasti saya suke kerang rebus! ^_^

p/s: teringat iklan kat radio, money can buy happines.. yes! threat me kerang rebus, I will be happpy! haha

update gambar rama-rama

She has florescent color of wings.

and big too.

Cikada.

Eh? cengkerik pun ada.. tapi cantik corak geometrik kat badan dia woo.

Yellow bright color match well with black. Mengancam woo.

Many of them there.


Nice but not a good catch. T_T

Ini pun species rerama jugak tau.!

Navy blue yet velvet lagi. Seksi.

Buah apekah ini? Cube teka..

She loves madu.

Owhh menawan uniform striking die.

Nice kan? Isk isk..Masya Allah.

My favorite batik butterfly. I fan u lah! haha
Hanya ini yang sempat saya tanggap. Lepas tu kepenatan sudah.Hoho..pakai heel buat semua saraf jadi jammed! Hadoyai!

*Big thanks to the camera owner, Cik Puan Taro.He

Saturday, October 16, 2010

House of butterflies.

What a joy. Semakin hari semakin menggembirakan. Tapi kegembiraan ini tidak lama. Ia akan membeku menjadi salah satu kenangan terindah sepanjang aku berada di KL ini.. ayat novel kot ni haha

Guess what, photography session is like our default activity for every gathering, outing, session of any occasion and purposes. Asal berkumpul je, haruslah bergambar-gambar. Lagi-lagi dengan kehadiran photographer2 tiada tauliah tapi bakat terpendam havoc belaka.. bersama itu kamera gabak-gabak..lens pun lagi besa dari muka gua..haha..lagi la bersemangat kami bertangkap gambar bersama. Boleh kata during this fortnight after my resignation. My daily routines just like I`m working. Busy oh sangat busy bersocial bersama member-member kesayangan.

Hari ini ketemu lagi dengan kengkawan. Kali ini dengan motif meng'collect' previous captured pictures data dari cik taiko kamera yang tidak asing lagi iaitu Cik Puan Taro. Kononnya lepas activity collect collection.. mau lunch sama-sama tapi ntah camne leh jadi sessi Micro Photoshoot pulak oleh mereka-mereka yang menggemari bidang fotografi ini ayat ala-ala majalah tiga plak.

Lokasi nye bukan lagi di UIA. Destinasi pilihan kami kali ini ialah Taman Rama-Rama, Kuala Lumpur, berdekatan dengan itu Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Pusat Bandaraya. Taro dengan yakin cakap entrance fee RM4. haha..zaman bila la agaknye tu makcik? rupe-rupenya RM18 hinggit. Terkuzat makcik yang tak berduit ini. Tapi, jangan cepat gabra... jika anda rakyat Malaysia, anda mendapat rebat percuma RM8! So, bayar saja RM8. **ala-ala iklan celcom, kuasa di tangan anda**

Banyak gila seh tangkap gambar. Emm.. susah nak dapat gambar rama-rama.. die terbang2 kot bukan duk static. Yang dapat ada kat bawah ni ha.

Butterfly couple.
Black and white.
Aku ada kepak? Ko? Ape ade?
3 keping jela i uppload. Letih nak tertido nunggu, tenet slow cap siput. Huhu.. ala mostly pun semua gambar ramer2.. gambar orang-orangnye.. Silap berjalan dalam taman camni pakai heel. Adoh, penat lenguh tak tertanggung I dibuatnye. Letih kaki..nak gi spa kaki lak pasni... *rendam kaki dalam air suam kat bilik air sudah**

Pastu malam, I ade dinner. ^_^. Skrng update blog, jab gi nak naik rumah mun.Gossip girl! Biasalah.Haha/

Dinner threat by udien_z

Alhamdulillah aku dikurniakan kawan-kawan yang pemurah ni. Ciri inilah yang menjamin kemandirian species kawan-kawan sejati di dunia ni. Haha.. thanks wan kerana membelanja kami berlapan makan malam harini. Unfortunately, kite makan kat kdai yang famous dengan ikan bakar, but ikan boleh habis pulak malam tu ye. Sob sob. Takde rezeki kita nak makan ikan bakar..huhu.. len kali try belanja lagi, bleh kot makan ikan bakar.

After the meal, terus gi Pavillion untuk tengok midnight movie.Palie and the gang also joined the midnight movie. Jenuh usha movie list dalam laman web GSC untuk confirmkan what the latest movie available after midnight. Ada satu je. The other guys. Some of them said cite tu best, but for me. Ok la..boleh la.. 6 over 10? Kejam tak? huhu

credit to the owner.

Lepas midnight movie, on the way balik, sempat lagi depa ni nak bergambar-gambar kan. Sib baik ade kamera jenis RRrrr si nasree_gtf tu. Mampu la juga menangkap pemandangan malam dengan lebih baik. Terpusing-pusing kitorang satu pavilliion macam tourists kat rome plak bagai.

Ok. skrng dah smpai umah, sudah update blog sebelum saya ingatan malam ini kabur. Thanks kepada semua yang hadir. I was a great nite. ^_^

Attendees: ct_aisah, husna_salih, nurmunirah_yahaya, angafey_sinsa, wan_izdiharuddin, nasree_najmi, zulhilmi_nazri, cesc_harry, fazly Ayub, Izzat Amirul and friends.

Friday, October 15, 2010

miss or madam?

Haha.. terasa tidak percaya diri ini membawa status pensyarah mulai minggu depan. Sebelum ni macam besela kulikutif kat syarikat swasta di KL bandar mata duitan ini. Banyak persediaan kene buat. Salah satunye kene jadi rakyat malaysia yang sangat menjaga tata tertib. Berbudi bahasa, yelah kamu nak jadi pendidik kan. Muahaha. Baiklah saya cuba! **muka serius ni**

Ada la buat sedikit persediaan...antara persediaanya ialah? menyediakan email dengan username lebih formal. Contohnye kalau dulu usernama badwomenreturn007@yaheee.com misal kate. Itu adalah tidak formal. Yang formal mestilah berbunyi seperti ini. namasayaAbubinBubap@yihuu.com haa.. camtu la kan. Email ini hanya terbuka untuk anak-anak murid saya di politeknik sahaja. Bukan untuk kamu kamu dan kamu ok? haha

Selain itu juga, saya dah pun buat satu lagi facabook akaun dengan nama formal la juga. Ini juga untuk anak-anak murid juga la. Kamu kamu semua guna yang angafey sinsa dah cukup memadai. ^_^

Mcm-macam lagi ni, kasut warna hitam yang benar2 formal tak beli lagi. Baju batik (yelah nama je keje gomen) pun tak beli lagi. **mun boleh sponsor batik kelantan 4 meter tak? haha**

Orang kata keje gomen takleh pakai baju kurung fancy-fancy sangat. Yeke? Baju aku semua ala-ala fancy kanak-kanak milo.Warna pun terang, lembu 20km jauh kat atas padang savana sana pun boleh cam. Kene beli baju kurung baru ke?

Nama.. emm kene fikir lak nama komersial ape nak guna sebagai lecturer ni.. taknak la nama cam Cikgu Shida tu..emm.. kene guna title cam Miss and Madam. haha.. Miss cam muda sangat..madam macam dah tua sikit. Yela..I kan muda belia..nanti kene ngorat ngan students lak kalu tak belagak jadi ibu anak dua. haha

Ye. Saya nebessss sangat. Semoga saya syiiok keje cmtu. Amiin.

renew roadtax and insurance

Semalam jalan-jalan kat blog orang. Terbaca latest entry beliau tentang cubaan pertama nak buat online renew lesen kat myEG tu. Aku tak penah guna tapi tahu la service untuk renew roadtax online tu ada di provide kat situ. Penah renew mende alah ni online? Tak kisahla kat mana-mana website.

Dengan bangga nya saya penah *sambil angkat tangan*.
Tapi bukan melalui myEG tapi guna website yang skrang dah xda. WWW.EASYRENEW.COM.MY
mane pergi ntah website tu. Sama ada dah bankrup atau dah pindah url address.
Boleh pulak mcm tu kan? Isk isk..
Agak-agak kampeni easy renew ni scam ke tak?
Sbb insurance ngan roadtax yang die provide kat aku before ni valid je. emmmmm...

Nono and Kia

Thanks to mama una sebab mencetuskan inspirasi untuk naming dua ekor anak kucen yang superb punye degil dekat dalam rumah ni. Kucin tepi tepi jalan je kitorang kutip. Kesian, takut kene kurap tikus yang pengotor tuh.

Mula semula!

Bermula lagi sekali lagi dan lagi.

Dah berapa banyak kali agaknye blog ni start anew eh. Lupe dah.
Yang pasti kali ni memang kene start semula.
Saya bukan terpengaruh dengan cik munirah ye.. 
Terasa seperti keperluan yang disenaraikan dalam to-do list dalam phone samsung
cabukku yang asek-asek nak restart after finished call. Hemm...

Popular Posts