Thursday, December 30, 2010

dalam tak sihat ada kegirangan

Masuk hari ni, dah 8 hari saya demam, diiringi batuk yang sangat menyentap jiwa raga, merangkap penderaan tekak yang melampau. Tambah-tambah plak cuaca yang sejuk mejuk macam skrang ni. Walaupun bukan x cecah pun sejuk kat Amsterdam tapi rasenye suhu kat Mukzam mahu cecah 26 or 25 darjah celcius kot siang. Malam apetah lagi. Berselimut pagi petang.huhu..lagila lambat nak baik tekak ni ha. Terkohoh-kohoh batuk cam orang tua..suara pun belom merdu lagi ni. Haish... minta2 la sebelum lecture minggu depan dah ok dah suara ni. Kalo tak susah la nak ngajar.

Kebatukan ini semua berpunca dari kedai makan "tuuut" di depan Petronas tu. Isk isk.. lepas minum teh o ais dia terus tekak rasa lain macam. Balik ofis, dah kene betul2 kan tekak. Esoknye dah perit je rasa kat tekak, petang..terus demam. Adooh. Lemah lutut rasenye nak mengajar kat dewan kuliyah yang cam peti beku mayat tu.Sejuk amat! Sib bek dah hari jumaat, esok luse tulat tunggeng cuti. Dah minta cuti tahun 4 hari.. (^_^)v

Aritu masa rewang kenduri adik, pehhh dalam demam-demam cam gagah je wat keje.. buat buat cam x demam. Kalau ikutkan rasa, mmg nak landing tidor je senang. Tapi tak patut la kan.huhu.. Nasib baik ramai juga yang tolong and ada orang jauh sudi membantu macam family sendiri.. I lap u lebih la..! hehe. Alhamdulillah kenduri adik berjalan lancar. Itu yang kite mahukan.

Lepas balik hantar pengantin kat Mersing, boleh plak tu singgah main kat Pantai Air Papan,Mersing Johor aaaa..mmg syiokk lah! Tak terfikir sebenarnye nak ke pantai. Sbb dalam fikiran tu ada macam-macam menda. Dah ada yang nak bawak..aku ngan kakak pun angguk tanda setuju. On the way kat jalan masuk nak ke pantai tu jumpa plak dengan sawah padi yang luas, masih hijau...cun gile lah. Pastu, Bila tengok pantai ngan laut yang membiru...masing-masing..dengan mata yang bersinar-sinar.. mengagumi ciptaan tuhan... "uwaaaaaaaahhhh" camtu semua tiga-tiga orang.hehe..Kebetulan, cuaca redup, ombak besa, pantai cantik and bersih..memang refreshing gile lah.  I like!

Inilah sawah padi tu. Milik orang kampung gak kot...

Gambar -gambar kat pantai pun ada tapi kat kamera hp kakak. saya kemalasan nak mengeluarkan kamera.Huhu... Kat pantai itu, saya sangat teruja, ombak kuat yg datang tu la yg ditunggu, dahla pakai bajukurung..aaa pedulik hape kan.Layan je..basah hampir separuh la jugak..cumenye kalau ada bawa baju mmg dah terjun dah kot.hehe. Sambil jalan sambil minum air kelapa, makan ais krim, makan tempeyek.. sib bek durian segala x jugal..kalau x mengupas durian lak tepi pantai..haha

Tapi terover sudah main air, baju mmg basah.. saya sudah tiada keselesaan lagi.. maka dengan bangga hati nye pergi kedai kedai kain baju tepi pantai beli seluar batik rama-rama dengan baju t-shirt merah. Orang itu pergi sembahyang, saya dengan pantas pergi ke bilik air menukar baju.hehe. Kakak nak beli baju jugak tapi sayang saya tak cukup duit plak.. huhu.. len kali la kak ye. huhu

Lepas balik pantai, pergi kedai makan leh layan tengok bola lak.Masa tu Malaysia lawan Indonesia 3-0. Barulah berbaloi tengok bola Malaysia Menang! Cayalah harimau muda! Even kalah kat jakarta 2-0. Still Malaysia gak juara. Rezeki namanye kan. Majulah sukan untuk negara! haha

Balik dari pantai..sempat lagi pakcik itu mengajak basuh periuk-periuk kawah sebesar alam..masak kenduri plak pakai dapur kayu..hoh..hitam toksah cakap la. saya sudah ada sifat kemalasan untuk lari dikala-kala tidak sihat ini. Tapi tak smpai hati jugak nak bia benda-benda itu hitam x basuh, orang dah nak kene pulang ke orang desa. Hermm..so...bantai la basuh periuk.. saya mengeluarkan 30% sumbangan aje ye..hehe yang lain mestila pakcik yang lebih kuat untuk menyental. ^___^. Tenkiu pokcik! Guess what, habis semua kul 3.15 pagi kot. Hoo..pinggang cam nak rapuuh dah. Tapi xpe..berdua lebih baik. Kalau aku kene basuh sental periuk tu sorang sorang lagi naye! huhu..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts