Thursday, November 11, 2010

tercekik tulang ikan!

Hari ni hari yang damai, sejuk..hujan lebat..syiok je.. tadi mase praktis choir pun leh nguap sebesar-besar alam nak dekat 10 kali. Dalam kepala, kalau la dapat landing atas katil, berlapik bantal kekabu kat kepala..perhhhh! Marvellous lah! Tapi itu semua cita-cita je, x kesampaian punya. Baru praktis sekali, bese kene praktis lima lima lagu tu 5x. Hoh, kering tekak lah!

Di dalam kesedapan hari, ada la juga terselit cite tak berapa nak sedap. Tula, tercekik tulang ikan dua kali hari ni. Huhu..kelam kabut nak mengadjust tekak cmne nak kuarkan tulang ikan yang melintang tetengah tekak tu.Huh! Die punya perit toksah cite la.. terpikir nak pergi hospital ke ni kua kan tulang ni. Satgi mati tercekik lak.Huhu.. Nape sampai tercekik tulang segala ni? Haha.. ada cerita disebaliknya.

Tetengah makan tengah hari siang tadi, ada la sorang akak yang keje bahagian pengurusan ni datang slow2 ayam je tegur kita. Mmg kenal la kakak ni coz buat project inovasi sekali ngan jabatan dia. Kakak tu duk datang dekat tanya berbisik "dayah, dayah dah ada yang punya? ha? dah ada? ada ke?" emm die ulang 3x soalan tu,slow2 je kat tinge ni dengan muka serious nak tahu.

Gulp.Hamm..aku telan liur. aku pun pandang.S0, tanya la dia balik kenapa tanya camtu. Dia kata ada orang minta tolong risikkan. Hooo... dalam hati, ahh sudah, mana plak ada lecturer bujang kat sini..semua nye dah kawen,dah ada awek, tinggal nak tunang kawin je. Katelah aku nak dirisik jadi bini nombor dua plak!
p/s: tulang ikan merah dah lama melintang tengah tekak.huhu

"ada cikgu muda sekolah teknik ni berkenan dengan dayah, die kata selalu nampak dayah makan kat bilik staf kat kanten pepagi" sambung kakak tu lagi. Hoooooooo... bila masa dan ketika,Tak penah nampak pun cikgu muda makan kat kanten, asal tengok cikgu dah kawen, berumur dah pun. Tu pun x penah langsung berborak hatta bertegur sape. Pegi, breakfast, balik office. Tu je.

Tengok kakak tu mmg semangat la nak tau. Sbb die kata, pagi petang siang malam 'cikgu muda' tu tanya dia. Isk isk isk...apeda... xperlu susahkan orang ckp cmtu.Tanya terus kan boleh,Ngahaha.. bolehla aku cakap. "Sorry, married oredy" huhu..tapi tak baik la kan tipu gitu. So, ckp bebaik ngan kakak tu " Xpe kak, ada lagi yang masih mencari cam dia kat kalangan kitorang ni..tapi bukan dayah la kak, dayah single tapi not available dah" haaa...susun elok punye. Siap pesan kat kakak tu suh die ckp kat lelaki itu sebaik-baiknye. Takot tau, baru semalam Timbalan Pengarah warning pasal aktiviti ilmu hitam sihir mensihir ni dah kembali aktif kat mukzam. Pantang tersilap sikit, terus divoodoo tang tu  jugak.huhu.. ini kes benar ni. So, TP suh extra carefull. Nauzubillahiminzalik.

Balik rumah, kejadian  cekikan tulang ikan terjadi lagi. Kali ni sbb salah sendiri.Makan laju x ingat smbil berborak ngan hawa. Hoh hamek lah! X snonoh punya perangai kan Allah dah tunjuk. Huhu.. Moral of the story. Berhati-hatilah! huhu.. da~~~~ off to solat maghrib. (^_^)v

3 comments:

  1. haha..ni petua mak aku,klau tecekik tulang ikan,minum air dr tudung periuk..insyaallah,clear tekak ko..bab sihir ni mmg kene ati,kawan aku br meninggal bulan lepas,kene santau...kes xpuas ati tpt keje je..huhu..nauzubillahiminzalik

    ReplyDelete
  2. ada doa dia tu. pelindung. apa boleh buat selain pohon doa kan?

    so skang koir still terus? tekak kau kira injured dah ni. hahaha

    ReplyDelete
  3. zul: hoo melayu pun ada petua cmtu gak eh....ada member cina aku lak, bagi petua kocak air dalam mangkuk, so that tulang ikan tu jatuh dalam air, jadi ikan and berenang! comel je amoi tu cite.. .tula, hasad dengki ni bahaya. huhu

    taro: still on. Miming je lah! haha

    ReplyDelete

Popular Posts