Friday, February 11, 2011

lagi kes radang random! penampo kang..huhu



Ai....women can be a leader, yes they can but eliminate first those with emotionally professional nih. Ai tensi tau tensi! Sip baik ai tensi dalam hati je.. kalau tak..habis semua anak-anak didik ai kena tempias radang random ni.

Lepas audition, kene bekerjar ke Finance deparment kat bangunan depan nun. Ai dahla pakai tumit tinggi. Penat tol menapak jauh jauh ni.. tapi xpe.keje punya pasal. Sampai2 sana, terus ke pegawai berkenaan lah kan..dulu department ada claim duit makan peserta bengkel. Tu yg g sana amek..sampai-sampai sana..kite ni muka punya la baik je..memberi senyuman..pegawai kerajaan kene ada budi bahasa ye... budi bahasa budaya kita.... walau penat cmne..tensi cmen pun..kene la controll ayu je k.... TAPI, isk isk.. dahla aku ni ditugaskan ambil je duit tu..bukan kene mengena pun..hanya yg menjalan tugas..arahan orang atas. Tup-tup kene marah dah.. cam die lak bos..padahal sama level je..silap2 die lagi gred bawah dari aku kot.. huhu..

" ni nak cakap sikit, len kali jangan nak claim duit suka-suka hati je, nak claim bitau dulu, kitorang ada duit ke takda..jangan pandai2 nak claim, dah susah kitorang nak kene pakai duit tunai...potpet potpet..".. ok aku senyum je..then jawap simple je

"takpela kak, saya ni hanya menjalankan tugas je" aku jawap slow2 punye..padahal dah hot dah tu.

"kalau menjalankan tugas pun, jangan la buta2 tuli je..pikirla sikit...potpet"

oiiiii..haduyy..hangen betul aku time tu.. mane la nak tau..bos yg suh g claim.ya Allah tuhan. Sabaaau jela. Macam la pakai duit die..pakai duit kerjaan kot..isk.. macam die sorang pandai wat keje..mcm die sorang ada masalah keje..semua orang ada... x kecoh cm die je. Hado haiii... nyampah nyah tau! budus.

Balik, gtau kat bos. Hangen boss aku.hahaha... aku lak yg kene menenangkan boss. Boss punya la minta mahap kat aku.. minta jangan simpan dalam hati... huhu.. itsokay isokay..ai no problem boss.. tapi sikap sifolan tu je ai x bekenan..tu dengan staff sama staff..kalau dengan rakyat perangai cmtu? seluruh stagg gomen dapat imej buruk..hai lerrr.... berintegriti la sikit!

p/s: ni rase nak buat koir lagu budi bahasa tiap2 bulan kat perhimpunan bulanan nih.haha





ujibakat a.k.a audition


Ari ni kan saya "diarahkan" untuk mengahadiri sesi ujibakat menjadi pengerusi majlis konvokesyen kitorang hujung bulan March nanti. Terkejut beruk dapat arahan gi audition ni semalam. Atas dasar ape pemilihannya pun tak pastila. Xpernah plak sebelum2 ni jadi MC, boleh kata seumur hidup xpernah la jadi MC, kecuali jadi urusetia jalanan bengkel kurikulum aritu tu je. 

Audtion pukul 3. Kul 2,45 ai dah get ready dah. Get ready dari segi meminimumkan keseganan dan kenervesan. Bukand dari segi material dan kepandaian mengacara majlis. Haha~~ samapi2 dewan konvo..perghhh ada cameraman dan video man dah get ready. Mantap..aku teks pun xda. Dalam hati.. haishh parahhh..malu la boss ai yg calonkan nama.haha... pap! jadi plak peserta pertama kene mengerusikan majlis.Haha... sib bek juri baik bagi pinjam teks..haha.. start la baca... pantun-pantun segala..serious rase cam ayam yang sesat jalan kat bandor..miyahaha..mcm baca karangan kat kelas plak...oh malu malu.. tak sanggup rasenye replay semula rakaman tadik. Ai rela terjun bangunan..huhuhu

Komen juri : "dayah baca cepatnye.... jangan cepat sangat..tapi saya suka suara awak... ok..smooth je" komen negatif tu ai suka..yg positif tu yg ai kurang berkenan... ai x mo terlibat ngan mc mc ni..huhu

papepun, thanks to boss bagi chance terlibat audition. :p

Thursday, February 10, 2011

emotionally professional is not professional

Hari ni adalah hari audit aset dan audit kualiti dalam pertama. Seriously untuk audit hari ini, kepenatan melampau memakan diri. Akhirnya saya jadi sangat stress, stress saya di sini menjadikan saya seorang yg bukan saya. Sebagai contoh, bila masuk untuk lecture class arini, saya jadi terlebih baik..melayan setiap soklan student yang bangkitkan.. menunjuk cara-cara di pc masing-masing.. mengatakan "baguss..... pandai pun!" " haaa. betullah tu, pandai skrng.." dengan intonasi yang sangat lembut lunak menarik. Mereka sangat suka la spoon feed cmgitu... seronok membuat latihan smbil dilayan begitu. Ok, begitula cara saya mereleasekan tension kerja. Sebab apa? kerana marah2 tiada kegunaan dan faedahnye lagi. Sama saja.Wat tambah sakit kepala dan tekanan darah je kan. Lagipun teringat ada sorang ni cakap " Kalau boleh ditahan marah tu, buat ape nak marah-marah, pilihlah untuk tidak marah selagi boleh" baik nya orang itu..huhu

Audit mula pukul 930 pagi. Tapi cam biasalah janji Melayu kan..kul berapa ntah start dah lupa tapi sempat la gi masuk class student bagi kerja dan potpet potpet. Dua orang auditors datang dengan muka ketat dahi berkerus. (menandakan betapa seriousnya mereka) tapi sayang seribu dua belas kali sayang... depa x profesisonal rupenye. Kata orang kualiti yang menjaga kualiti tapi kurang berkualiti. Why did I say that? Al kisah auditor pertama ni dulu ada masalah peribadi dengan salah sorang staff kami, depa terus cari file mqa mangsa dan sedaya upaya mencari salah si mangsa walaupun sebesar zarah yang bese nya dibuat. Kesian dibuatnya manusia itu.

Second bukti manusia x professional ni, ketika audit dijalankan salah seorang staff tolong staff lain hantarkan dokumen kualiti, terlambat sedikit (biasalah, masing2 banyak kerja). Sedang elok die letak file tu depan auditor, terus terus kene marah, katanya dokumen yang ditutup x boleh dalam file keras, kene guna file putih lembut, and lain lain ayat x sesuai tanpa usul periksa. Padahalnya dokumen itu bukan dokumen yang perlu ditutup, itu dokumen semasa. Tiada salahnya di situ. Dan paling kesian member yang tolong hantar dokumen tu. Haish.. kejadian gila kuasa yang paling x professional di kalangan mereka-mereka yang dikatakan professional. Isk. I hate this.

p/s: "ikhlaskan diri anda, jadilah yang pemegang amanah yang amanah"



Wednesday, February 9, 2011

sambung P.H.D tanpa master


tekanan mimpi semalam buat saya pessimistic untuk this whole day! Oh stressnye!

tekanan bekerja dengan mereka-mereka yang lebih senior tetapi memiliki PHD yang tidak bertauliah lagi membuatkan saya down down down hari ni. Why today? Dalam banyak banyak hari. Sudah cukup saya cuba mengOptimistikkan diri dengan cuba menjadi ceria secerianya. Memakai baju cotton putih polka dot kecik2 merah hijau kuning lagi. Tapi mereka dengan sodap merosakkan hariku.

Mujur ada teman rakan seperjuangan yang sama-sama berada di kapal dan melayarkan layar yang sama. Cik Nurul and Incik Nuar. Terima kasih sentiasa berada di sisi dikala jatuh bangun susah senang suka duka. Terasa kurang bebanan. InsyaAllah sabar kita dalam dugaan kali ni ada hikmahnya. Huuuu~~~

Balik keje pukul 645 petang. Terkejar-kejar waktu Asarku. Huhu..Dalam kereta plak hot fm pasang lagu "Hati yang kau sakiti"....perghhhh menjadi..layan jiwang sekejab dalam 10 minit perjalan balik umah. Normal 5 minit, hari ni jadi 10 minit sebab dua lampu insyarat yang baru pacak tu dah berfungsi sepenuhnye plak. 80 second lak tu each red light. Sabau je la.

p/s: al-latiful ya latifffff.... zikir melembutkan hati..huhu

Tuesday, February 8, 2011

kunci ori siap! RM75 liao!

fuuuuhhhh..memang lega teramat sangat dapat buat kunci di luar perodua sales and service. Kolo tak? tak ratus plak kene perabis untuk mende yang sama.

p/s: itu kelapa adalah hadiah pemberian Prof. Abdul Wahab yang pergi meeting AI di Hawaii, usa. (^_^) tolongla jangan ilang. Kunci yang ilang aritu ada kenang-kenangan dari Amsterdam. huhuk

thank you M.Y.E.G

Baru sebut-sebut pasal renew policy insuran ngan roadtax kat MyEG, hari ni dah dapat dah poslaju roadtax 2012. Yess... dalam keserabutan kerja dan ketaksempatan. Selesai satu task. So xpayah dah pening-pening nak renew Roadtax isi borang segala. 

Fresh dari ladang.
 Senang je nak renew roadtax myeg ni. Kalau new user, kene prepare kat tepi salinan geran kereta. Sbb nak tau details no chasis, engine cc no geran dan sebagainye. Sekali dah buat, tahun depan xyah da susah2 cari geran. Renew je. (^_^)v

Sunday, February 6, 2011

hadiah untuk birthday ebony ke-3!

24 Mac depan genaplah usia ebony yang ke-3. Mama( aku la) dah prepare and saving siap siap untuk beli hadiah wajib untuk bony. Berdikit2 mama menabung dalam tabung bear plastic warna biru tu. Akhirnye last week mama berjaya mengumpul wang yang cukup untuk beli hadiah yang bony minta tiap tiap tahun tu. Alhamdulillah hadiah bony tahun ni dapat diskaun 30%. Ringan sikit beban mama nak membayo.

Tapi bony, mama x suka pergi kedai beli hadiah bony tu.Mama kan lecturer IT, mama prefer online shopping. Tahun lepas mama beli hadiah bony kat kedai lain, tapi tahun ni mama tengok kedai tahun lepas dah bankrap agaknye bony. dah x wujud dah. So tepaksalah cari vendor lain. Xdo tempat lagi sesuai hanya satu tempat ni je ada bony. Yang selamat terjamin kualitinye.Dah kedai pun lain, product nye pun lain sikit la.

Kalau dulu mama belikan hadiah bony dari brand MAA, tapi tahun ni RHB lak bony, Tu je yang ada. Yang sonang nak click click. Tak kisahla yang penting bony dapat hadiah kan? huhu... Dengan sekali lafaz akad jual beli bernilai RM760++ maka selamatla, proses pembelian insurance and road tax bony untuk tahun ke-3 bony ni nanti. Semoga bony jangan nakal-nakal lagi pas ni ye.. kekal baik mantap sentiasa,.,mama kesengkekan sudah... hahaha







Saturday, February 5, 2011

ebony losts its key!

berita tak baik untuk diri sendiri. Hukhuk.. al sekian ari selasa pergi menguruskan macam-macam hal di macam-macam tempat. Nak diburukkan lagi keadaan, hujan tersangat lebat..tayar kereta pancit dan skrng.. kunci kereta plak hilang! adeh..saya sedih.. tp oleh kerana semua orang pun bz sy sendiri pun bz. saya simpan sedih sorang2 sudah..huhu...

Lagi sedih bila tahun Perodua willc charge up t0 rm400 to duplicate the key. Alasan munsarawak untuk duplication charge tu jadi mahal ialah kerana ada chip immobilizer dalam tu. Emmpph..


Popular Posts