Friday, December 16, 2011

pencarian aset

nama je kerja kerajaan.. semuanya pun hak kerajaan yang perlu diaudit
sooo.... nama je pensyarah politeknik a.k.a kulikutif yang berjaya...
kami lecturer2 diarahkan untuk menyemak semua aset2 inventori dan harta modal yang
ada digunakan di seluruh pelusuk jabatan.

hamba plak, sukarela untuk menyemak semua harta modal dan inventory dalam semua makmal komputer.
baru masuk LAB 1 dah pening dah... kerusi patut 40.. tapi listed ada 38 je.. pastu no inventory ada.. tapi barangnya takda.. mana piginye...? sape plak yang rembat?

lazimnya kita dulu pun kan? kalau kerusi tak cukup, kite rembat dari kelas sebelah. yang kerusi kite rembat dari kelas sebelah tu pulak..die rembat dari kelas sebelah sebelahnye plak... hooo.. bile nak cek sebelum audit negara sampai.. setengah mampus nak trace kerusi gi mana.. kerusi yang berstatus pendatang asing tak dikenali ramai pun banyak...

lagi parah...yang takda numbor inventory. Tapi dah 5 tahun pakai. Mana nak carik plak? ha.. itu keje pegawai aset jabatan lah handle. hamba take note je, yang ni rosak.. itu xda no inventory, yang nun bukan jabatan kite punya.. ha... pastu pepandai la ekau..huhu


begitu

my mom and dad
how i wish i can always make you both happy

my fiancee
how i wish i can always make you happy

myself
how I wish I can be happy which seems to be so hard these days.










Sunday, November 6, 2011

hati yang disakiti

semakin hari makit sakit hulu hati
semakin keliru
semakin sedih


Saturday, November 5, 2011

korban kan diriku!

Selamat Hari Raya haji semua orang! Ape yang korbankan selain binatang-binatang yang chubby dan comel seperti lembu dan kerbau tu?
Saya masih tak mampu nak korbankan binatang an'am seperti itu, tapi saya mampu mengorbankan nikmat2 sementara yang Allah berikan..contohnya masa, tenaga dan keseronokan abadi. Chewah!

Lamanya tak update blog. Saya sangat bizi..... saya tak tahulah kenapa saya terlebih bz sedangkan orang sibuk nak mengata orang gomen goyang kaki makan gaji buta tak banyak keje nak buat. DUSTA tu semua...

Ape lagi nak dikata saya pun xtahu..mai saya update jela ye ape yang telah berubah and terjadi sejak ketidak update tan blog angafey is simply angafey ni. Dan sejak my last update yang hankook tyre tuh.

1. Saya dah jadi warden... yeayyy!! huhu.. makanya perlu berhijrah ke kuarters warden sepenuhnya pada bulan Julai 2011 dan menetap seorang diri sedangkan rumah parent 7km je dari poli. huhu

2. Cermin kereta saya yang original dan telah dijaga dengan baik selama 4 tahun akhirnya cedera akibat terkena serpihan bilah mesin pemotong rumput semasa kerja-kerja memotong rumput di parking warden. Sentappp! 

3. Warded selama 3 hari 2 malam di hospital kerana kepengsanan akibat terlalu stress and kurang air. Keje ohhh kerja. setelah balik dari 2 week outstationn di minggu yang sangat hectic!

4. Jangan campurkan urusan peribadi dengan urusan kerja dan perlu professional. Em.. tapi urusan rasmi telah mempergunakan duit peribadi saya sehingga terpaksa menggunakan kad hutang and claim x dapek dapek lagi lebih dari 1k tau...gilooo


5. Berat saya sudah bertambah 5 (LIMA) kg okehhh!!! perlu sign up fitness first nih.
 xpun london weigh ape ntah tu.

6. Tekanan darah tinggi kerana stress. Dr suh jangan stress. Mana nak dapat?

7. dan lain lain lagi..haha

hola.sehingga ketemu lagik!

Monday, April 18, 2011

hujan. taufan. Buta . Nat tercabut?

Malam semalam tido punya awal. Sakit perut macam ada blade dalam perut. Menggulung menggiling terguling saya di dalam selimut, dalam bilik untuk beberapa jam sebelum tertido. Sbb tidor terlalu awal, saya pun terbangun agak awal. Pulu 449 pagi ai dah terjaga. Terbangun pandang kiri-kanan. emm gelapnya. Tu je yang teringat ayat pertama yg keluar. Huhu..

Baru nak bangun buka laptop, tetiba dengar bunyi deruman helikopter yang sangat2 kuat beserta angin yang sangat2 kencang.. dap dup dap dup hati terus takot.. apekah? perang ke?? ke bencana alam? Semakin lama bunyi makin kuat. Deruman peluru bertalu2 turun menerjah atap. Rasa takot sampai ke ulu hati. Banyak kali terpikir, aku belom sedia nak mati lagi..huhuhu~~

Nauzubillah, rasa takot tu kurang bile sebenarnya itu hanya hujan batu yang datang bersama angin ribut. Tapi subhanallah mmg menakotkan..rasa betul2 nervous macam nak tejadi perang.Huhuhu..

Lama hujan turun. Hujan ni lain macam sikit, besar kuat dan angin yng dasyat. Iskk..jarang2 nak terjadi kat muadzma ni. Lama... masa drive pergi kerja pun x reda lagi hujan. Pasang lampu besa, wiper gerak paling pantassss punya pun still x nampak habuk pun kat depan. Dahla jalan da naik air..melayang2 viva ai tak dapat membelah air sbb tayor lebar.Huhu.. Takot betul pergi keja pagi tadi. takot macam2..takot engine mati, takot accident dilanggar orang atau terlanggar orang since mmg blur 95% permandangan.

Pandang depan hanya nampak satu line putih belah kiri jalan sbb hujan kurang ditapis pokok. Tapi still menyeramkan. Paling seram, kat simpang 3 kuantan-segamat. Xda apa yg nampak.. baru nak follow kereta depan amek turn kanan, tetiba jasad trelar warna biru bergerak pantas depan mata.. sib baik kereta myvi kelabu depan smpt break. Aku pun selamat kat belakang.Huhuu..... Alhamdulillah..slow2 jalan kua lampu emergency sampai..walaupun nak gi keje bese x smpai 5 minit..arini aku amek masa nak dekat 15 minit. lagi 3 minit fingerprint nak merah. :D

Sampai2 kawasan ofis, parking... basah kuyup jugak masuk ofis sbb hujan ribut, payung pun tak berapa nak berguna time tu. Tapi takpela yang penting selamat smpai.Demam no 88 skrang ni. Buat buat kerja pukul 5 30 nak balik tadi, tetibe perasan nat tiub angin tayar dah hilang? adakah hanyut masa redah air air segala pagi tadi? haha..allhu alam.. effek ke kat tayar kalau tiub tu takde? anyone?



high tea special made

Masuk ari ni dah 3 hari mood memasak saya yang telah berkurun saya lupakan kini kembali. Mak saya bersyukur panjang melihat saya mahu ke dapur kembali. Mengapa? Apakah yang terjadi? Takda apa-apa, just kerana kekangan masa. "ayat skema gomen officer" . dahtu camne mood nak masak tu datang? Emm..tak tahu, maybe sebab kat office dah kurang beban kerja sebab budak dah masuk final exam. So rajin la buatkan minum petang untuk family. :D
 
Setiap kali balik kerja, saya akan singgah Tunas Manja, beli ape saja bahan2 yang terpikir untuk disediakan sebagai minum petang or untuk kudap kudapan depan TV malam2 nati. Aritu, terpikir nak buat sandwich sardin+mayo. Yang simple2 aja.. masak sardin + mayonis + tomato +coral cabbage. Dah siap.. yang penting orang makan boleh kenyang sbb saya buat masak (or depa terpaksa je habiskan haha)

second day, semalam buat balik kerja singgah BS supermarket plak, beli Spiral Pasta nak buat Singapore Fried Pasta. Aaa... nama je cam pelik..tapi rasa cam bihun goreng je k.. haha..  Untuk taya campur susu segar HL ( dulu abah kata abah xleh minum susu, tapi die yang habiskan spiral goreng tu) ...

hari ni, mood masak masih ada lagi.. tapi teringin nak makan popia goreng. Intinya mestila carik yang paling senang dalam dunia. Saya beli tauge 30 sen, sayur campur packet kecik yg 2 ringgit  tu, minced meat and minced chicken, bawang, pepper and garam selet, gaul dalam beldi. Gulungkan dalam popia nye paper tu. Gam pakai kuning telur.Goreng. Emmm untuk sambalnya, saya sangat rajin beli je sos thai untuk popia cap megi. senang cite. Hee~~

Adakah esok saya akan senang hati di tempat kerja dan pulang bersama bekalan mentah high tea? Hopefully so.. :D



Friday, April 15, 2011

hankook tyre?

ha..nak update lagi ni. Entry baru. Boleh je sambung kat entry sebelum ni, kang panjang ngat nak skroll plak nanti kan.  =D

Em dari dulu lagi aku cadang nak pasang sport-rim kat kereta. Em sport-rim bese je. bukan mahal2 ape pun.. janji pasang sport rim. Nampak la ok body ebony yang da masuk tahun ke-3 tuh.. Before this pakai wheel cap je...dah bape kali pecah, dah berapa kali jatuh dah..naik penat nak beli..dah la susah nk dapat benda alah wheel cap tu kat sini. Kene pergi mana bandar yang sejam perjalanan semata-mata nak beli benda tu.

Alhamdulillah, awal tahun ni dapat bonus.... terus je pergi kedai michelin segamat, pilih2 sport rim..yang ni jugak yang berkenan. Sebab ape?? tak tahulah.Cinta itu buta. Miahaha..


Sport rim tu lebih kurang cmni tapi bukan la front color die silver, dalam die hitam.  Jenama pun lain..x silap jenama sport rim yang aku beli tu feeling motion kot~~~ abaikan ye.

Pehtu..x habis la kat situ, dah amik sportrim beso seinci dari standard rim size viva ez den tu. Kene la tukor sekali ngan tayor2 die. Emm..berkerut dahi la nak pilih.Ate....teman bukannye reti milih tayor.... pilih punye pilih.. terminat lak tayar lebar brand hankook. Aa...penah dengar jenama ni dah lama..tapi x pernah jumpa sedara mara or sepupu sepapat guna.. emm takut gak tersalah pilih. Tapi entah tak tahu kenapa, hati kuat nak yang ni jugak berbanding tayar lain yg dorang tunjuk cam continental, yokohama ngan ape ntah satu lagi x ingat.

ni la tayor nye..lebo n nipis. emmm...

Habis 1.2k jugak la untuk 4 tayar baru and 4 bijik sportrim. Agak2 korang ok tak harga tu? haha..ayat bese pompuan. dah beli baru sibuk nak tanya ok ke tak... haha..saya redha~~~ he




temporary freedom

Weee~ assalamualaikum kengkawan.. now angafey is back, not for more but not for less. Just for the time being.



Kerja-kerja-kerja. Bukan salah saya yang giler kerja, tetapi tempat kerja saya yang terlalu banyak kerja, apo nak buek..teman makan gaji je.. kalau teman bos lain la ceritenya. Huhu..

Ni time tulis blog ni masih duk pikir lagi entry tajuk apa nak bubuh ni. Tak da idea nih.Tapi nak jugak letak entry.Rasa cam rugi la kan, dah ada masa free sikit ni la time nak menulis2 kat blog yang dah lama diabaikan ni.

So bia saya gitau guana gaye norma kerja sebagai lecturer poli ni. Bukan polit MARA ye..poli gomen. Huhu.

Oleh kerana kami ni lecturer, mesti orang kata oooo lecturer kene sonang yo! ngajar2... tanda paper, wat paper, marah student apo apo yolah kan. Aku dulu pun ingat camgitu je kejenye.Cam excited mited la kan dapat jadi lecturer.

Dunia kerja sememangnya tidak seperti disangka . Dulu masa belajar berkobar2 rasa nak kerja kan? Nak pegang duit sendiri, nak beli tu nak beli ni, nak bagi mak duit bulan2, nak pakai kereta, nak ada rumah sendiri. Ooo berangan tak salah. Asalkan tahu bertempat. Tempatnya? tempatnya adalah kemampuan diri.  Gaji nak cecah 3 ribu pun x kan cukup sebab barang sume dah naik, jadi menten cun je kat tahap yang sama. Kompem2 la kan, expenses akan makin banyak mengurangkan saving. Kalau dulu gaji 3000, sebulan barang dapur 150 cukup dah kot. ada baki lagi 2850.

Tapi skrng.. emmm sekali ngan soflan, sabun basuh, makanan tung tang tung tang..400 pun kdg x cukup beb sebulan. Huhu.. so.. 3000 - 400 tinggal 2600 kan? Tu belom tolak duit minyak.. untung alhamdulillah tempat kerja dekat dengan rumah, let say pergi balik  kerja 12km je sehari, so seminggu leh la tuang RM15..sebulan RM15 x 4 = 60 paling maximum. Tu kalau wiken x gi jenjalan jejauh. Kalau g segamat cukup la sekali dah makan 30 inggit kan. So kire yang minimum jela.  Tadi ada baki 2600 kan, so tolak dengan 60 minyak (min) dah 2540. Tolak  bulanan kereta + astro + topap + PTPTN  dah tinggal 1600 cmtu. ITU KALAU GAJI 3000.. kalau gaji 2k lebih cm den ni ha... pikio2 la jugak cmno nak nyimpan kahwin + beli kereta cun sket + nak melancong. ha..sume tu cm.... angan-angan tahi ayam jela jadinye. Kene pilih salah satu je dalam tempoh 2 tahun. Huhu..

Aih..cite sal duit sampai bile-bile pun x cukup kan? tapi yang paling utama nye.. buat financial management. Budgetkan siap2 dalam seminggu nak guna berapa. Jangan overbudget. InsyaAllah cukup je. Weeee..

Eh, tadi nak cite pasal norma kerja, skrng dah masuk belanjawan plak. menyimpang jauh! haha.. alkisahnya keje teman cam ni la  admin ada + technical ada + lecture ada + professional exec ada + kuli capok ada.. haha macam2.. kire-kire nye mmg kene 360-oriented and multitasking la nak keje kat poli besa tapi staff sikit ni. Huhu..kalau poli besa, staff dah cukup..takdo masalah overloaded work burden cam ai ni.

papepun, saya bersyukur dapat rakan-rakan sekerja yang sporting. Yang terus membuat saya bersemangat nak bekerja dan terus berusaha walau bagaimana badai melanda. chewah!











Friday, February 11, 2011

lagi kes radang random! penampo kang..huhu



Ai....women can be a leader, yes they can but eliminate first those with emotionally professional nih. Ai tensi tau tensi! Sip baik ai tensi dalam hati je.. kalau tak..habis semua anak-anak didik ai kena tempias radang random ni.

Lepas audition, kene bekerjar ke Finance deparment kat bangunan depan nun. Ai dahla pakai tumit tinggi. Penat tol menapak jauh jauh ni.. tapi xpe.keje punya pasal. Sampai2 sana, terus ke pegawai berkenaan lah kan..dulu department ada claim duit makan peserta bengkel. Tu yg g sana amek..sampai-sampai sana..kite ni muka punya la baik je..memberi senyuman..pegawai kerajaan kene ada budi bahasa ye... budi bahasa budaya kita.... walau penat cmne..tensi cmen pun..kene la controll ayu je k.... TAPI, isk isk.. dahla aku ni ditugaskan ambil je duit tu..bukan kene mengena pun..hanya yg menjalan tugas..arahan orang atas. Tup-tup kene marah dah.. cam die lak bos..padahal sama level je..silap2 die lagi gred bawah dari aku kot.. huhu..

" ni nak cakap sikit, len kali jangan nak claim duit suka-suka hati je, nak claim bitau dulu, kitorang ada duit ke takda..jangan pandai2 nak claim, dah susah kitorang nak kene pakai duit tunai...potpet potpet..".. ok aku senyum je..then jawap simple je

"takpela kak, saya ni hanya menjalankan tugas je" aku jawap slow2 punye..padahal dah hot dah tu.

"kalau menjalankan tugas pun, jangan la buta2 tuli je..pikirla sikit...potpet"

oiiiii..haduyy..hangen betul aku time tu.. mane la nak tau..bos yg suh g claim.ya Allah tuhan. Sabaaau jela. Macam la pakai duit die..pakai duit kerjaan kot..isk.. macam die sorang pandai wat keje..mcm die sorang ada masalah keje..semua orang ada... x kecoh cm die je. Hado haiii... nyampah nyah tau! budus.

Balik, gtau kat bos. Hangen boss aku.hahaha... aku lak yg kene menenangkan boss. Boss punya la minta mahap kat aku.. minta jangan simpan dalam hati... huhu.. itsokay isokay..ai no problem boss.. tapi sikap sifolan tu je ai x bekenan..tu dengan staff sama staff..kalau dengan rakyat perangai cmtu? seluruh stagg gomen dapat imej buruk..hai lerrr.... berintegriti la sikit!

p/s: ni rase nak buat koir lagu budi bahasa tiap2 bulan kat perhimpunan bulanan nih.haha





ujibakat a.k.a audition


Ari ni kan saya "diarahkan" untuk mengahadiri sesi ujibakat menjadi pengerusi majlis konvokesyen kitorang hujung bulan March nanti. Terkejut beruk dapat arahan gi audition ni semalam. Atas dasar ape pemilihannya pun tak pastila. Xpernah plak sebelum2 ni jadi MC, boleh kata seumur hidup xpernah la jadi MC, kecuali jadi urusetia jalanan bengkel kurikulum aritu tu je. 

Audtion pukul 3. Kul 2,45 ai dah get ready dah. Get ready dari segi meminimumkan keseganan dan kenervesan. Bukand dari segi material dan kepandaian mengacara majlis. Haha~~ samapi2 dewan konvo..perghhh ada cameraman dan video man dah get ready. Mantap..aku teks pun xda. Dalam hati.. haishh parahhh..malu la boss ai yg calonkan nama.haha... pap! jadi plak peserta pertama kene mengerusikan majlis.Haha... sib bek juri baik bagi pinjam teks..haha.. start la baca... pantun-pantun segala..serious rase cam ayam yang sesat jalan kat bandor..miyahaha..mcm baca karangan kat kelas plak...oh malu malu.. tak sanggup rasenye replay semula rakaman tadik. Ai rela terjun bangunan..huhuhu

Komen juri : "dayah baca cepatnye.... jangan cepat sangat..tapi saya suka suara awak... ok..smooth je" komen negatif tu ai suka..yg positif tu yg ai kurang berkenan... ai x mo terlibat ngan mc mc ni..huhu

papepun, thanks to boss bagi chance terlibat audition. :p

Thursday, February 10, 2011

emotionally professional is not professional

Hari ni adalah hari audit aset dan audit kualiti dalam pertama. Seriously untuk audit hari ini, kepenatan melampau memakan diri. Akhirnya saya jadi sangat stress, stress saya di sini menjadikan saya seorang yg bukan saya. Sebagai contoh, bila masuk untuk lecture class arini, saya jadi terlebih baik..melayan setiap soklan student yang bangkitkan.. menunjuk cara-cara di pc masing-masing.. mengatakan "baguss..... pandai pun!" " haaa. betullah tu, pandai skrng.." dengan intonasi yang sangat lembut lunak menarik. Mereka sangat suka la spoon feed cmgitu... seronok membuat latihan smbil dilayan begitu. Ok, begitula cara saya mereleasekan tension kerja. Sebab apa? kerana marah2 tiada kegunaan dan faedahnye lagi. Sama saja.Wat tambah sakit kepala dan tekanan darah je kan. Lagipun teringat ada sorang ni cakap " Kalau boleh ditahan marah tu, buat ape nak marah-marah, pilihlah untuk tidak marah selagi boleh" baik nya orang itu..huhu

Audit mula pukul 930 pagi. Tapi cam biasalah janji Melayu kan..kul berapa ntah start dah lupa tapi sempat la gi masuk class student bagi kerja dan potpet potpet. Dua orang auditors datang dengan muka ketat dahi berkerus. (menandakan betapa seriousnya mereka) tapi sayang seribu dua belas kali sayang... depa x profesisonal rupenye. Kata orang kualiti yang menjaga kualiti tapi kurang berkualiti. Why did I say that? Al kisah auditor pertama ni dulu ada masalah peribadi dengan salah sorang staff kami, depa terus cari file mqa mangsa dan sedaya upaya mencari salah si mangsa walaupun sebesar zarah yang bese nya dibuat. Kesian dibuatnya manusia itu.

Second bukti manusia x professional ni, ketika audit dijalankan salah seorang staff tolong staff lain hantarkan dokumen kualiti, terlambat sedikit (biasalah, masing2 banyak kerja). Sedang elok die letak file tu depan auditor, terus terus kene marah, katanya dokumen yang ditutup x boleh dalam file keras, kene guna file putih lembut, and lain lain ayat x sesuai tanpa usul periksa. Padahalnya dokumen itu bukan dokumen yang perlu ditutup, itu dokumen semasa. Tiada salahnya di situ. Dan paling kesian member yang tolong hantar dokumen tu. Haish.. kejadian gila kuasa yang paling x professional di kalangan mereka-mereka yang dikatakan professional. Isk. I hate this.

p/s: "ikhlaskan diri anda, jadilah yang pemegang amanah yang amanah"



Wednesday, February 9, 2011

sambung P.H.D tanpa master


tekanan mimpi semalam buat saya pessimistic untuk this whole day! Oh stressnye!

tekanan bekerja dengan mereka-mereka yang lebih senior tetapi memiliki PHD yang tidak bertauliah lagi membuatkan saya down down down hari ni. Why today? Dalam banyak banyak hari. Sudah cukup saya cuba mengOptimistikkan diri dengan cuba menjadi ceria secerianya. Memakai baju cotton putih polka dot kecik2 merah hijau kuning lagi. Tapi mereka dengan sodap merosakkan hariku.

Mujur ada teman rakan seperjuangan yang sama-sama berada di kapal dan melayarkan layar yang sama. Cik Nurul and Incik Nuar. Terima kasih sentiasa berada di sisi dikala jatuh bangun susah senang suka duka. Terasa kurang bebanan. InsyaAllah sabar kita dalam dugaan kali ni ada hikmahnya. Huuuu~~~

Balik keje pukul 645 petang. Terkejar-kejar waktu Asarku. Huhu..Dalam kereta plak hot fm pasang lagu "Hati yang kau sakiti"....perghhhh menjadi..layan jiwang sekejab dalam 10 minit perjalan balik umah. Normal 5 minit, hari ni jadi 10 minit sebab dua lampu insyarat yang baru pacak tu dah berfungsi sepenuhnye plak. 80 second lak tu each red light. Sabau je la.

p/s: al-latiful ya latifffff.... zikir melembutkan hati..huhu

Tuesday, February 8, 2011

kunci ori siap! RM75 liao!

fuuuuhhhh..memang lega teramat sangat dapat buat kunci di luar perodua sales and service. Kolo tak? tak ratus plak kene perabis untuk mende yang sama.

p/s: itu kelapa adalah hadiah pemberian Prof. Abdul Wahab yang pergi meeting AI di Hawaii, usa. (^_^) tolongla jangan ilang. Kunci yang ilang aritu ada kenang-kenangan dari Amsterdam. huhuk

thank you M.Y.E.G

Baru sebut-sebut pasal renew policy insuran ngan roadtax kat MyEG, hari ni dah dapat dah poslaju roadtax 2012. Yess... dalam keserabutan kerja dan ketaksempatan. Selesai satu task. So xpayah dah pening-pening nak renew Roadtax isi borang segala. 

Fresh dari ladang.
 Senang je nak renew roadtax myeg ni. Kalau new user, kene prepare kat tepi salinan geran kereta. Sbb nak tau details no chasis, engine cc no geran dan sebagainye. Sekali dah buat, tahun depan xyah da susah2 cari geran. Renew je. (^_^)v

Sunday, February 6, 2011

hadiah untuk birthday ebony ke-3!

24 Mac depan genaplah usia ebony yang ke-3. Mama( aku la) dah prepare and saving siap siap untuk beli hadiah wajib untuk bony. Berdikit2 mama menabung dalam tabung bear plastic warna biru tu. Akhirnye last week mama berjaya mengumpul wang yang cukup untuk beli hadiah yang bony minta tiap tiap tahun tu. Alhamdulillah hadiah bony tahun ni dapat diskaun 30%. Ringan sikit beban mama nak membayo.

Tapi bony, mama x suka pergi kedai beli hadiah bony tu.Mama kan lecturer IT, mama prefer online shopping. Tahun lepas mama beli hadiah bony kat kedai lain, tapi tahun ni mama tengok kedai tahun lepas dah bankrap agaknye bony. dah x wujud dah. So tepaksalah cari vendor lain. Xdo tempat lagi sesuai hanya satu tempat ni je ada bony. Yang selamat terjamin kualitinye.Dah kedai pun lain, product nye pun lain sikit la.

Kalau dulu mama belikan hadiah bony dari brand MAA, tapi tahun ni RHB lak bony, Tu je yang ada. Yang sonang nak click click. Tak kisahla yang penting bony dapat hadiah kan? huhu... Dengan sekali lafaz akad jual beli bernilai RM760++ maka selamatla, proses pembelian insurance and road tax bony untuk tahun ke-3 bony ni nanti. Semoga bony jangan nakal-nakal lagi pas ni ye.. kekal baik mantap sentiasa,.,mama kesengkekan sudah... hahaha







Saturday, February 5, 2011

ebony losts its key!

berita tak baik untuk diri sendiri. Hukhuk.. al sekian ari selasa pergi menguruskan macam-macam hal di macam-macam tempat. Nak diburukkan lagi keadaan, hujan tersangat lebat..tayar kereta pancit dan skrng.. kunci kereta plak hilang! adeh..saya sedih.. tp oleh kerana semua orang pun bz sy sendiri pun bz. saya simpan sedih sorang2 sudah..huhu...

Lagi sedih bila tahun Perodua willc charge up t0 rm400 to duplicate the key. Alasan munsarawak untuk duplication charge tu jadi mahal ialah kerana ada chip immobilizer dalam tu. Emmpph..


Popular Posts