Sunday, November 28, 2010

Nana and Kiki yang dirindui

Weekend ni habiskan masa kat KL dengan kakak, kawan, dia dan kucing-kucing yang sudah dua bulan ditinggalkan. Sampai je rumah kakak, tengok nana ngan kiki dah pun besa panjang, dua bulan lepas rasenye 20cm panjang je, sekarang dah 30cm kot..isk isk..tu belom campur panjang ekor.Ngihi..sangat comei sangat manja , juga teramatla nakal. Habis semua kotak ada dalam rumah dipanjat, konon suka adventure ler tuh. Introducing 3 months old Nana and Kiki

tada~~~
Tempat depa main cak cak.
suko menggigit binatang neh..huhu
pasai apa hang pandang-pandang haku?emm?

depa terpegun tengok TV.huhu
Nana is betina (ada dua tompok hitam kat kepala, Kiki is jantan (ada satu tompok itam je)




End up paying RM100 for nothing.

Ni nak citer pasal duit. Huhu time-time gaji kene hold ni pengawalan pengeluaran duit lebih penting dari kemasukan duit ye kanak-kanak sekalian. Tapi, malangnye nak kontrol duit juga bukan senang, kadang-kadang kite kene bayar mende yang tak sepatutnya. Malangke? Tak...itu maknanya duit tu bukan hak kite, tapi perlu ke saya menghabiskan 100 ringgit malaysia untuk pakaian seragam hanya untuk koir peringkat dalaman, hatta bukannye pertandingan. Ohooo..sangat tension, 100 boleh buat makan dua minggu kot kat mukzam tu. Huhu. Baju apekah 100 tu? baju kurung moden je wak... tapi apesal mahal cmtu? den pun x tahu.. tukang beli markup lebih or Allahu'alam..huhu.. Nak tengok baju tu? meh makcik tunjuk.. xdo cantek pun.. selekeh yo den pakai...uhuuu my money is flying flying! huhu.. ape ape pun alhamdulillah koir sudah tamat, baju 100 hengget ni.. simpan lam gerobok je. Since ada lebih 20 orang ada baju warna sama.huhu..

Silalah abaikan tag nama tu ye. Masa Koir je pakai.huhu

Disripsi bajet = kain ela 4mtr(RM50) + tudung express biru(RM15) + upah jahit (RM35) = Total(RM100)
p/s: awat depa x beli je baju siap kat mydin baru 29.90 cantek hape! Sabau jelah.

Monday, November 15, 2010

Inspecting new office!

Hari ni masuk office penuh dengan kekalutan dan kebizian yang datang tiba-tiba. Baru nak check email, colleagues dah ajak breakfast kat canteen sekolah before semua makanan licin dibedal dek cikgu cikgi sekolah teknik yang ramai tu. Lepas balik dari makan, wat lak meeting ngan inovation partner tentang progress development web-based sistem asrama before new intake registration run hujung bulan ni. Pot pet pot pet, tengok jam dah pukul 11 pagi dah. Haih, duk teringat tentang FRP yang belom get ready hatta file pun x da lagi sedangkan pensyarah2 lain sibuk duk update and completekan dorang nye FRP and ada yang dah submit ke KP dah. Pi tanya PA, sib bek PA baik hati nak tolong check kat admin office. Sedang duk siapkan FRP tu, ada plak lecturer department lain datang sibuk nak pinjam module book nak study untuk next sem. Teringat plak yang aku ada 7 subjek kene study semula nih. Haish, baru terhengeh2 pergi lemari file carik module2. Semangat ni konon nak study, satgi tengok module belambak gile. Emm..tutup terus, wat wat tak nampak.Ngahaha..saya masih tak ada mood lagi nak study.huhu.

Yang saya minat skrang hanyalah nak study fedora, linux2 command tu semua kene practice semula since ajar subjekt open source OS. Gilor lah.Dulu NSA pun hempas pulas nak skor. Lepas settlekan fail FRP (isi masih kosong) terus gi sambung wat website lagi. Tengah develope baru dua screens, member dah ajak pergi lunch. Pehhh..cepatnye pukul 1! Tengah2 makan tengah hari, collegue gitau yang diri ini juga diassign untuk buat design inspection kat real campus pukul 3 ptg. Pehhh, bila masa plak ntah di assign. Cis, tekocoh-kocoh gue balik rumah amek kamera canon gue yang tak seberapa tu.Sib baik rumah dekat je. Ooo masuk office dah terlewat setengah jam..ehh relax je..sib bek hujung sem xda kelas dah. Kalau tak, mau bebudak kelas dah lama balik tido sbb lecturer lambat. Cam kita gak la dulu-dulu.Sonok ngat kalau lecturer datang lambat kan? haha.

Sampai2 campus baru, dah terpinga-pinga dah na pergi mana, too huge too know which is my ICT building. Jauh di hujung mata, senior yang dah tunggu lebih awal pakai baju purple melambai-lambai penuh semangat. Kecik cam semut je nampaknye. Maka nya dengan plan structure di tangan pegila terkedek-kedek menapak dengan heel nye.Adoss, kalau ku tahu, dah lama aku pakai sport shoes! huhu.. Antara building ICT yang sempat di snap:

ICT Building on the left
Lecturers workspace - sangat luas untuk hanya menempatkan 25 orang pensyarah. Kene plak aku salah sorang daripada  3 orang yang bertanggungjawab untuk wat interior design and arrangement...cukup kretif and kritis kah haku?huhu
Keluasan office baru ni boleh memuatkan 99 parrtions dengan 132 network ports tapi nak guna hanya untuk 25 je. Bayang la leh main pingpong, badminton, agak-agak nak wat x indoor game nye bilik. Ngehehe
Banyak lagi nak design nih, pantry, dua surau, 3 meeting rooms, lobby, frontdesk counter.Owh..why why..kenapa tak bagi yang dah siap tinggal masuk je! huwaaa. Dengan lantikan dua jawatan sampingan as Penyelaras Latihan Staff, Penyelaras Jadual Waktu Jabatan, Coach Kayak (layak kah? zul tolong aku please!) lagi, agak-agak leh imagine tak how aku sambut new year nati? huhu

p/s: Bersyukur dah ada keje walaupun bizi daripada takde keje makan gaji buta lagi tak senang duduk. Wish me luck my friends and boyfriend.Hehe (^_^)v

Thursday, November 11, 2010

tercekik tulang ikan!

Hari ni hari yang damai, sejuk..hujan lebat..syiok je.. tadi mase praktis choir pun leh nguap sebesar-besar alam nak dekat 10 kali. Dalam kepala, kalau la dapat landing atas katil, berlapik bantal kekabu kat kepala..perhhhh! Marvellous lah! Tapi itu semua cita-cita je, x kesampaian punya. Baru praktis sekali, bese kene praktis lima lima lagu tu 5x. Hoh, kering tekak lah!

Di dalam kesedapan hari, ada la juga terselit cite tak berapa nak sedap. Tula, tercekik tulang ikan dua kali hari ni. Huhu..kelam kabut nak mengadjust tekak cmne nak kuarkan tulang ikan yang melintang tetengah tekak tu.Huh! Die punya perit toksah cite la.. terpikir nak pergi hospital ke ni kua kan tulang ni. Satgi mati tercekik lak.Huhu.. Nape sampai tercekik tulang segala ni? Haha.. ada cerita disebaliknya.

Tetengah makan tengah hari siang tadi, ada la sorang akak yang keje bahagian pengurusan ni datang slow2 ayam je tegur kita. Mmg kenal la kakak ni coz buat project inovasi sekali ngan jabatan dia. Kakak tu duk datang dekat tanya berbisik "dayah, dayah dah ada yang punya? ha? dah ada? ada ke?" emm die ulang 3x soalan tu,slow2 je kat tinge ni dengan muka serious nak tahu.

Gulp.Hamm..aku telan liur. aku pun pandang.S0, tanya la dia balik kenapa tanya camtu. Dia kata ada orang minta tolong risikkan. Hooo... dalam hati, ahh sudah, mana plak ada lecturer bujang kat sini..semua nye dah kawen,dah ada awek, tinggal nak tunang kawin je. Katelah aku nak dirisik jadi bini nombor dua plak!
p/s: tulang ikan merah dah lama melintang tengah tekak.huhu

"ada cikgu muda sekolah teknik ni berkenan dengan dayah, die kata selalu nampak dayah makan kat bilik staf kat kanten pepagi" sambung kakak tu lagi. Hoooooooo... bila masa dan ketika,Tak penah nampak pun cikgu muda makan kat kanten, asal tengok cikgu dah kawen, berumur dah pun. Tu pun x penah langsung berborak hatta bertegur sape. Pegi, breakfast, balik office. Tu je.

Tengok kakak tu mmg semangat la nak tau. Sbb die kata, pagi petang siang malam 'cikgu muda' tu tanya dia. Isk isk isk...apeda... xperlu susahkan orang ckp cmtu.Tanya terus kan boleh,Ngahaha.. bolehla aku cakap. "Sorry, married oredy" huhu..tapi tak baik la kan tipu gitu. So, ckp bebaik ngan kakak tu " Xpe kak, ada lagi yang masih mencari cam dia kat kalangan kitorang ni..tapi bukan dayah la kak, dayah single tapi not available dah" haaa...susun elok punye. Siap pesan kat kakak tu suh die ckp kat lelaki itu sebaik-baiknye. Takot tau, baru semalam Timbalan Pengarah warning pasal aktiviti ilmu hitam sihir mensihir ni dah kembali aktif kat mukzam. Pantang tersilap sikit, terus divoodoo tang tu  jugak.huhu.. ini kes benar ni. So, TP suh extra carefull. Nauzubillahiminzalik.

Balik rumah, kejadian  cekikan tulang ikan terjadi lagi. Kali ni sbb salah sendiri.Makan laju x ingat smbil berborak ngan hawa. Hoh hamek lah! X snonoh punya perangai kan Allah dah tunjuk. Huhu.. Moral of the story. Berhati-hatilah! huhu.. da~~~~ off to solat maghrib. (^_^)v

Wednesday, November 10, 2010

hari-hari yang meletihkan!

Walaupun minggu ni tak kerja. (Kene attend internal induction course je selama 5 hari) tapi hari-hariku bertukar menjadi hari yang sangat meletihkan. Dari pagi smpai petang duk berteleku dalam meeting room, dengar talk, jawab case, dengar talk lagi, mengira-ngira, kira guna banyak tenaga juga nak proses input dan tumpuan. Then, habis office hour je kene terus ke practice port untuk training choir 5 lagu tuh.Aduhai..smlm ada kelas vokal plak, latih pernafasan dan suara dari prut. Tenaga habis, suara pun habis, berdiri sejam lebih melantun suara yang tak berapa sedap dan x berapa menyumbang nih.Haishh... Nasib baikla, semua kawan-kawan pun ada sekali, takla rasa teruk sangat.Happening juga dalam kepenatan begitu.

p/s: la ni baru tahu ada lagu politeknik and satu malaysia..huhu..

Monday, November 8, 2010

money woke me up!

I will have internal induction for this whole week. Seriously the first day was seriously boring. Amat! Tapi this is what needed in order to be confirm in my own post. Banyak lagi kursus-kursus kena pergi. Bukan satu dua, mungkin juga bukan tiga empat, tapi lebih dari lima enam tujuh lapan..haha. Xpela, asal lunch is provided, saya SUKA je. hehe.

Among the three slots hari ni, second last slot sangat menarik, elok elok, muka dah nyorok belakang kerusi orang depan sebab kemengantukan dan ketiduran, dengar pasal formula pengiraan ganjaran pencen terus masing-masing duduk tengak. Mata membulat dan senyuman satu Malaysia terukir di pinggir bibir. Ngeeee~~ Kerja belom pun sampai dua bulan, dah sibuk masing-masing kira pencen yang lagi 25 tahun nak dapat.Haha.. pelik la..how come I like so much this money calculation sejak dua tiga menjak ni? Omaigucci!

Tapi sangat seronok pengiraan itu semua, semoga saya panjang umur , sihat dan murah rezeki untuk lagi 25 tahun... kalau dulu masa mula-mula kerja, dapat duit gaji nak asing kan duit untuk bayar kereta pun lemah semangat, kalau boleh tangguh nak tangguh, kalau boleh tunda nak tunda, kalau leh x yah bayar lagi la suka. Banyak cantik? Tapi hidup tidak selalu la indah..langit tak selalu cerah... saya tahu saya sedar, saya rational!
Tu baru duit kereta, belom lagi duit PTPTN yang berbaki 18k tu. Skrang baru timbul kesedaran sivik nak membayar hutang, risau kebebalan dan keterlupaan yang sering jadi skrng ni, disebabkan ketidakberkatan duit yang dihutang lama-lama macam tu. Soal isu haram tak haram, along tak along si interest PTPTipu ini itu saya dah serahkan pada Allah la, niat saya satu, saya meminjam untuk kesenangan saya dahulu, kini saya ingin pulangkan kembali dengan titik peluh sendiri.Tak sesusah mana juga selagi halal dan berkat kerjaan kita.InsyaAllah cukup je.InsyaAllah. Tapi kan, Alhamdulillah, walau tak konsisten, tapi ada la membayar hutang PTPTN ni lepas stop kan dulu. Nampak cam x naik mendadak dari nilai asal pinjaman. Dari 2 tahun lepas sampai skrng naik dlm 700 je kot. Tu pun dah makin kurang sbb skrang dah boleh konsisten bayar tiap bulan,lebih sikit bayar nak bagi habis awal. InsyaAllah. Banyak lagi target lebih besa nak capai lepas habis semua hutang piutang ni.

Tangguh itu satu beban. Kalau kita tangguh wat homework hari isnin yg pelu submit hari rabu, nati esok hari selasa datang kelas cikgu bagi homework, bertambah la homeworks kite kene hantar hari rabu kan? Elok elok satu malam satu homework, kalau tangguh satu hari, jadila 2 homeworks satu malam kan? Betul x? Mcam gitula juga prinsipnya dalam menangguh bayar hutang. Aritu, bile buat kire kire, pikir-pikir tonggang terbalik, hutang takleh biar lama-lama, makin lama makin banyak plak hutang tu jadinya. Bia la susah skrng takleh nak enjoy2 sangat pakai duit, tapi hutang bayarkan dulu. Paling kurang 8 tahun kendian, PTPTN dah habis. Kurang dah beban hutang 200 sebulan. 200 boleh bayar mcm2 ooo masa tu.Boleh la beli baju raya cntik sket untuk anak ke kan.. 8 tahun kendian dah kawen and ada anak da kot kan? insyaAllah..haha. Beruntunglah kamu yang takda hutang ngan PTPTN! Sesungguhnya segala hutang itu beban pilihan masing-masing. Jadi senyumlah membayarnya semula. huhuhuhu.. tapi saya senyum dalam tangisan.. HUtang kereta lak maybe habis dalam 7 tahun lagi ke kan. So x smpai 10 tahun lagi insyaAllah saya bebas hutang yang menolak gaji bulanan saya selain tolakan EPF yg bagus itu. Masa tu baru la lega nak beli pape ke kan.. umur pun baru 34 tahun. Kira masih muda lagi la kan, walaupun i sentiasa awet muda. haha Boleh rancang balik structure kewangan dengan lebih baik. Haish..rase cam dah masuk rancangan Money Matters plop. 

Dalam masa tu jugakla kene strive untuk kenaikan pangkat segala mende hal. Bagusnye dah kerja, gaji boleh naik naik..jarang pulak makin turun-turun, paling teruk statik je 20 tahun.huhu..Dah kerja jadi lecturer, kenaikan pangkat tak melalui kekosongan, hanya melalui research, keje luar dan inovasi..kene la banyak idea nak buat thesis2 bagus nih. Haish...25 years later, how many paper will I manage to publish agaknye? huhu

Haish..cite pasal duit ni...xleh habis lah. Dah macam drama bersiri plak.Satgi nak sambung je. Kene simpan dulu la sikit2.. haha.. saya mahu bersiram. Semoga kita menjadi insan yang bijak berbelanja juga! (^_^)v

p/s: Allah maha pemurah, dikala gaji xda ni ada hamba Allah yang belikan cover rim baru satu set lengkap dengan design yg lebih bergaya. Saya sngt la suka. Haha. terima kasih Allah!.dan terima kasih yang tolong bayar!Hawa I lap u lah!

Friday, November 5, 2010

sweet words, sweet talks, sweet things!

I don't talk sweet words just to comfy people. I talk religious philosophy that I think needed to be shared so that we can muhasabah our own selves together. Comparing our hardship to others doesn't make us better either no matter how hard and down we were because we never know how people's background is. People never understand our hardship because we could never understand theirs. The thing is now, not our past should be concern of, they can listen of course. But, we cant say we so beyond lucky than others. Because people hardship is different. But how you manage to survive from it. I considered myself Malaysian, who hold the dignity of Islam as the religious and Malay as my collective race. I prefer not to shared any of my pessimistic side about my family or mine. I prefer to shared the optimistic one.

Alasan! itu semua alasan! Semua orang ada masalah masing2.

Someone told to me this sentence. Dalam hati ni menyumpah seranah: "masalah aku ada sama macam masalah ko ke? ko x seteruk aku skrng ni? sekurang-kurangnya masalah aku tengah jadi sekarang ni! at the moment, not you" gitula lebih kurang dialog default kalau kite ditimpa musibah, then orang duk cakap camtu. Hangen tak hangen la kan. 

Tapi betul jugak apa dia cakap tu. Ada ke kita tau kat rumah dia apa masalah dia tengah confront? Dalam dunia ni, bukan kita je ada masalah,ada stress ada tekanan and hidup susah.Belonggok orang kat luar tu yang sama nasib. Cara menghadapi je beza2. Tengok je abang ngan kakak yg terpaksa duk bawah jambatan tu. Takde sikit pun bising merungut, alih-alih tuhan tolong dia. Kuasa tuhan yang bagi and tarik rezeki ni.

Memilih. Apa yang terjadi pada kita sebenarnya atas pilihan kita sendiri dengan izin Allah. Hari ni kita pakai baju hijau sama kaler ngan makcik cleaner office sebelah, sebijik plak tu corak bunga ngan daunnye. Orang umpat kita la plak kata kite beli baju murah sbb x mampu la tuh. Kita malu setengah gila plak, tapi kita yang pilih nak pakai baju tu. Mana nak tau orang tu pakai warna yg sama? Malu ke kita pakai baju sama? Mana tau kot-kot sbenarnya boss makcik cleaner tuh yg hadiahkan baju tu kat semua staff dia. Harga baju tu jauh lagi mahal dari baju kita yg kita rasa mahal ke? haha mana tau. Tak standard la pakai baju sama ngan makcik cleaner. Kenapa? low class. Malaysian kan suka pengelasan berperingkat camtu. Tengok pada harta jela. If pilih kereta skrng ni, takde takde duit pun, nak kereta VIVA baru jugak. Taknak la plak kancil ke kelisa ke. Padahal gaji x smapai 800. bayar kereta dah 400+,. minyak kereta sebulan paling sikit pun 100+ kalo duk bandar kecik cam mukzam ni. Duit makan lagi..200+ dah tujuh ratus. Itu smua belanja minimum.Camna nak bayar duit sewa rumah? negatif dah gaji tu. Kalau mampu, ada lebih lain la plak cerita nye ye kanak-kanak. Ini cerita pasal kehendak dijadikan keperluan sedangkan kemampuan terbatas. Sebab2 kehendak melebihi kemampuan ni la jadi beban hidup. Hidup akan rasa susah dari mula smpai akhir kerana beban-beban hutang yang tak sepaputnya. Sedia maklum, manusia pantang ada duit, nak beli yg sedap-sedap aje. Teringat dulu, member ni sibuk la keje merata-rata, katenye xde duit, hidup susah, kais pagi, makan pagi, tapi tup tup beli gadjet baru,kalo dua tiga ratus takpe, nak cecah ribu plak. Haih, kita yang terkejut. Kotye pun kenapa tak disimpan duitnya.. Beli yang perlu je sudah. Hidup kita selalu kene beringat. Kalau tak beringat, sbb tu Allah tolong ingatkan. Contohnye diri sendiri skrng ni, masa pakai kereta tak pernah beringat tentang hal-hal kecik. Skrng gaji dah nak ribu ribu pun rasa x cukup duit nak shopping keperluan and sedikit kehendak sbb aku nye wheel cap tu kene curik satu. Duk pikir, dari beli baru baik simpan banyak sikit kat ASB je. Bia la sedih pun sedih la tngok viva tu cacat sikit. Dalam hati, kalo la dulu x membeli bukan2.mesti dah ada sikit duit  nak beli wheel cap yg murah je sebenarnye harga dia tu.huhu. Semua nya salah sendiri la. Haha. Teringat jugak yg bebaru ni adik wat accident kereta lagi. Bengkok absorber gue!!! I have no money! tapi kondisyen kete sngt menakotkan. Dalam hati kalaula tak order kain cotton mahal tu dua helai kan bagus, kenapalaa aku gi order..nguhu..kalau x, bolehla bayar sikit duit repair kereta yg cecah RM600 itu.Terpksa korek balik tabung cari duit. Hemmm...skrng, sngt hati2 kawal duit.

Kerja. Eh, bab kerja ni mmg ramai memilih. Yela, kerja kat tempat yang tak sepatutnya akan rasa diri terbeban nak mati kan?? Dulu masa aku cari keje, mati-mati la nak lari dari hardcore programming.Alahmdulillah boleh lari, tu yg keje dengan prrestariang tu. Admin exective je tuh.Xde jumpa koding langsung. Syok mmg syok tapi gaji x masyok plak. So, try try pergi interview. Eh, i pergi interbiu bukan sekali hantar terus dapat intebiu. Not that lucky girl I am. Hantar berpuluh-puluh puluh. Segala jenis media yg ada guna, emel, surat pos, call. Dalam 20 cubaan, dapat I interview. Kirenye kalau ada 5 interview aku dapat tu,, dah submit 100 lebih application la tu namenye.Haha.. ye, saya sngt rajin cari intebiu. dah cam hobi plak.huhu..Sbb pe rajin? sbb saya memilih. Kalau ikut dan je ape yg ada, banyak sebenarnye kerja yg terbuka untuk kita.Tapi cam besela kalau tak gaji sikit, kene wat programming. Dua dua saya tamo! huhu.. so, alhamdulillah yang tak apply plak dapat. kat tieeeeto tuh. Kuasa tuhan pemberi rezeki. Ntah cmne, rasa nak situ walaupun x tau menahu company background.Risau programming je. Alhamdulillah takde hardcore programming. Fuiuuuuuh..lega. Tapi tak penah wat PL/SQL pun.Tapi saya tahu saya boleh slow2 belaja je smpai reti..Cari initiative sendiri camne nak belaja SQL ni. Wisoooo gile kot. Hari2 google PL/SQL.Hari2 latih tubi kat tenet sbelum kene soal ngan tol guru. Cuak je hari2. Haha..experience yg takleh dilupakan. New thing is hard. Now, my friend is struggle to collect this kind of experience. I hope the best for her. If she can face the challenge, then she can. I know she owes can pun. Too early she want to give up.You have some, you lose some la. Itu kehidupan. But, I have no skill to convince people.I prefer not. Better try than never, better leave than lost. It is about decision making plak. My time kat situ, I just try to retrain myself with my thing. I just need money, I dint care how hard the process was. Ngeee~~ mata duitan x i?

People. Macam macam perangai orang dalam dunia ni ada. One thing I learn about non-Malaysian, dorang tak kedekut ilmu. Bagus sangat bagus. Tapi, I still prefer Malaysian of any races who I can shared my mother-language,Haha. Oo..teringat saro selalu puji baju sari 10 ringgit dari Mydin, teringat daven yang suka wat amazing short-from kalau YM..teringat kak dina yang sangat attracted dengan cuti 40 hari kerjaan sbb nak gi melancong, teringat shara yang suka tido and senyum sorang2 kat ofis, teringat kak ann yang garang di mata, kelako di YM, teringat weng yang banyak pengalaman, teringat Geir yang suka cakap 'good, good'ok!" , teringat wai san yang suka makan and ketawa, teringat popo yg tabah, jess yang suka marah sbb aku x reti update time masa scrump, teringat abg asni yang penah promote kuih siput tapi x sempat nak beli, teringat toha yang suka minum kopi pepagi, teringat kak iza yang takot lalu mrr2 sbb jam, teringat onn yang takut requirement orang kalau orang suh tangkap gambar, haha.. wah. my 34 hari bekerja di sana was so short yet I have quality time.

p/s: kamu kamu kamu tiga orang.. berusaha ok! Kim salam kat semua warga tieeeetto. ngee~~

Thursday, November 4, 2010

white head band - subjects marathon!

Hi readers! Arini ai dah dapat confirm letter untuk subject-subject yang bakal ai ajar nati. Mata bagai nak terjojol keluar bile tengok kat list, berterabur nama 'hidayah' dalam slot slot class yang sedia ada. Sana hidayah sini hidayah. I counted all and found I need to lecture for 7 subjects!! 7 subjects people! Aritu masa mula-mula masuk semua orang duk kata lebih kurang 2 or 3 subjek je.. arini hoh 7 subject die bagi ke aku.huhu cmno tu camno? nak study lagi nak ngajar lagi? bagi la satu dua dulu..test drive dulu..huhuhuhuhu. Tapi ape pun, ini amanah and tanggungjawab.. saya redha. Saya bersyukur saya ada kerja, daripada makan gaji buta lagi bahaya.

I asked my other colleagues under the same department, dorang ajar dalam 4 or 5 subjects. I asked senior lecturers lak. Dorang cakap I am the only lecturer majoring in Software Engineering which the most wanted major needed for a lecturer in this ICT department. Sebabnya? most of the subject UIA kita dah cover. Huhu.. antara 7 subject calon calonye ialah:
  1. ...Programming Principles
  2. ...Co-curiculum I ( tak tahu kene ajar apekah ini)
  3. ...Programming Fundamentals with C++ ( sib baik bukan C#)
  4. ...Desktop Publishing
  5. ...Database System
  6. ...Open Source Operating System
  7. ...Web Authoring
 Ai just hope, ai can do the best je nak ajar dorang.Hope dorang boleh paham. Lagi2 nak ajar dalam BI, tapi depa x paham snagt BI, nak terang dalam BM istilah2 ini semua bukan kerja mudah plak. Tapi InsyaAllah! Ai akan lakukan yg terbaik untuk mendidik anak bangsa! Chewah!

p/s: Kene study balik la nih! Activate balik study mode cam nak jawap SPM. huhu

Popular Posts