Thursday, June 6, 2013

New 3-tier bungalow!

Alhamdulillah...dah hampir dua minggu bawa anak bulus anak bulus yang gebu ni duk sekali dalam kuarters. Impian nak belikan dorang rumah baru pun dh tercapai... hajat dihati bia la ank-anak bulus ni selesa begerak kesana kesini, boleh bermain, tdo dengan selamat dan toilet die pun bersih. So far, dorang mmg anggap cage ni rumah dorang. Hakak tak kurung depa dalam sangkar ni 24 jam tu.bia je lepas dalam bilk dorang.mainla kontang kanting cmne sekali pun hakak x kesah. Tapi bila tengah mlam hakak mmg kurung letak dalam sangkar smpi subuh besok.sebab pe??? Anak anak bulus hakak ni xkan benti main klu x dikurung.at least bia la hakk tolong tdo kan sekijab.haha.senang nk mop bersihkan bilik depa.

Sunday, June 2, 2013

Tanah bukit dan gambut 15 ekar for sale

Attention all!

Our family ada tanah bukit 3 ekar di kampung melayu raya@kulaijaya. Johor. RM 500k

turut dijual tanah gambut seluas 12 ekar di kawasan sama.

Semua tanah sekarang sedang diusahakan tanaman kelapa sawit matang.

Untuk pertanyan bolehla berhubung terus dengan ayahanda dan bonda saya.

En. Saad 013 9844912
pn.rukimah 0179359923

sekian,iklan ditaja oleh anakanda nya hidayah. :)

Atuk!

He is now more than 70 years old but still strong and healthy! Bold and loud whenever he speak.

Saturday, June 1, 2013

Air gunung dan embun malam

Minggu lepas spent time ngan husband kat bandaraya kuala lumpur dan puchong. Sakan kehulu kehilir berkepit ke sana kemari 5 hari 5 malam. Sempat lagi tengok wayang "too fast too furious 6' kat times square ngan adik beradik.  Hl

Minggu ni spending time ngan mak plak. Mak nak balik kampung johor katenye. Lama x jumpa atuk. Die dah rindu sangat.okfine.mmg ada niat nk balik kampung juga. Mengambil udara nyaman kampung gue yang di kaki gunung dan menikmti kesegaran sungai air terjun yang mengalir betul2 belakang rumah.

Esok hakak amek gambo..malam ni nak tdo dulu. Gudnitez all silent readers. :)

Wuwuwu..terasa rindu kat angah ngan acu. Terpaksa tinggal kan dorang sebab balik sekejab je. Buat penat dorang duduk dalam kereta je.dahla dorang senang mabuk laut.hihi

S.O.P Pembelian Anak Bulus (Part III)

Orait, selepas korang dah habis membuat site survey and berpuas hati dengan keadaan si anak bulus yang di idamkan... you have to ensure you have next step SOP prepared. Dalam kes hakak, masa kucing hakak kene curik orang tahun lepas, semangat nak membela anak bulus terus rabak, so semua barang-barang kucing hakak dermakan kepada mak jemah yang memerlukan..ahaks

So, bila nak amek anak-anak bulus kali ni, satu habuk pun takda. so kene beli dari awal la. So antara yang paling utama dan terpaling nye utama nye pun adoii ialah ye pun adoi...
  1. Pet carrier ( sangat mustahak untuk mengangkut anak-anak bulus kesana kemari,buh dalam keta pun senang) - hakak beli yang size M jenama CATiT. Spacious for kitten tapi muat la kalau nak buh dorang dua ekor bila depa besaq nanti.
    Pet Carrier M size (Grey) CITYVET, Bandar Bukit Puchong, Puchong RM169

  2. Food/Water bowl with hook (ada hook senang, takla beralih or terabur makanan depa) - satu lagi hakak pilih bekas camni supaya makanan and minuman dorang takla mudah kotor dek penangan dorang suka main dalam litter box, bertempiaran pasir)
    Pet bowl with hook jenama Tulips - CITYVET RM13/pc
  3. Comforter ( buat alas anak-anak bulus nak tido ke apa ke, boleh mengurangkan tahap mabuk dorang dalam kete masa travel jauh, contohnya hakak nak bawak dia balik pahang ni kan.) - Dorang memang akan mabuk, yela... jalan bukan nye elok pun dr KL ke Muadzam..huhu.Akak beli alas kaki rm7 kat tesco je)
  4. Fabricated Collar (tak penting pun, tapi hakak senang colorize kan leher dorang ni haha) - Suka tengok dorang pakai collar ada loceng, senang nak tau dorang dah bangun ke, tengah main ke... senang nak tau yang mana satu angah and mana satu acu)
    comel kan Acu pakai collar biru (^_^) . Beli kat CITYVET juga RM7/pc
  5. Premium Food (beli yang premium nak bagi gebu and takyah cara dah vitamin apa semua) - belikan Angah dengan Acu Royal Canin 34 and Kitten 32. Beli yang 400gram je dulu.Try cube test.Recommended by vet untuk kesihatan menyeluruh.Kalau dah bagi PF kat anak bulus, dah takyah da bagi vitamin lagi dah sebab food tu serba serbi lengkap dah)
    CITYVET - RC 34 400g RM19
  6. Fresh water (air mineral tuan dia dah la)
  7. Pet toy (so that tak la dorang boring)
  8. Scratch board (bagi dorang cako-cako, takyah die cako paha mak jemah..haha) - setakat ni dorang memang suka benda alah ni, ni la tempat tido n melepak dorang
    Scratching board - Wonderpet World, Putra Perdana RM18
  9. Spacious x-tier cage (allow them to move around as much as they can) - beli cage yang 3 tingkat, sangat luas untuk anak bulus dua ekor tu. kalau dorang besar pun boleh lagi duk dalam tu... dorang bukan 24 hours duk dalam tu.. dorang ada bilik khas kat rumah tau..sesekali dorang lepas bebas juga.
    Cityvet -RM266 (Gambar dari google)
  10. Health care (worm ban/frontline/shampoo/Odor Neutralizer)
  11. Litter tray (pastikan cukup tinggi untuk elak pasir kucing jadi pasir pantai dalam umah..huhu) - beli la box mana-mana yang patut...
  12. Cat litter (cari la boleh control bau) - dari dulu dan kini hakak pakai PURINA tidy cat 24/7
    mana-mana pasaraya pun ada rasanya
 Demikian lah kisah pembelian barang-barang keperluan anak-anak bulus tu......... biala rabak janji dorang selesa, sihat cergas dan kuat.huahuahauh..

Popular Posts