Friday, May 31, 2013

S.O.P Pembelian Anak Bulus (Part II)

Orait...ini sambungan SOP pembelian anak bulus before this... baca entry ni  (PART I)

2. Melawat tapak untuk tengok condition anak bulus sebelum pembelian.

Okay... lepas duk peluk-peluk, cium-cium anak bulus scottish fold tu.. hakak letak la balik ke tuan dia... minat tu minat..sayang tu sayang..tapi out of budjet la... akak budget RM500 ja paling mahal.hahaha... (bajet ciput,pastu demand nak kucing cantik-cantik)

Seterusnya, jumpa 2nd owner pulak, check-point kat Tesco Ampang, yang ni duk tengok xlan kat mudah.com la... memang nampak very comel la anak bulus American Curl tu... bagi yang jahil kucing cam hakak, American Curl ni cmni plak..

American Curl Kitten..comel gile! - gambar hiasan
punya la lama tunggu... dalam 45 minit juga... kalau ikutkan mesej kat wassup... owner kucing yang second ni perempuan...sekalik keluar-keluar kereta....hhah??? lelaki india ala-ala samseng keluar..hoh... tercengang seposen kat situ. Rupenye lelaki... besar kemungkinan 60% lelaki, 40% perempuan..huhuhu... yang second ni pun tak jadi amek, sebab pe?? anak-anak bulus American Curl dia dipenuhi dengan kurap yang agak teruk. Speechless di situ, how come you nak jual kucing yang nyata tak healthy disitu?? Kesian kot...paling tidak rawat la duluuuu..hayyo....

3rd owner, check-point kat Setiangwasa. Nampak iklan dia kat Petfinder, anak-anak bulus dia mix persian. Maknya himalayan tapi bapaknya domestic short hair. Bulu panjang tapi takla sepanjang persian kitten yang pure breed. Tapi tengok sangat gebu jugak. Yang ni jadi, hakak ngan husband pergi rumah dia semata-mata nak tengok anak-anak bulus ni. Terus suka.Setakat ni, pegang semua jenis kucing bulu panjang, yang ni la yang badan paling mantap and sedap. Tu yang melekat tu.

Boleh tengok gambar-gambar yang owner upload dalam Petfinder kat sini..

http://www.petfinder.my/pets/43597/

Setelah, panjang lebar sesi perbincangan, soal jawab dan temu ramah tentang latar belakang, kegemaran anak-anak bulus ni. Akhrinya pembelian di confirm kan. Yeay! dapat anak bulus! tapi tak amek time tu jugak. Amek esok, sebab tak beli lagi barang-barang kitten.

So, next SOP ialah, menyediakan barang -barang keperluan kucing (serta fulus secukupnya)

run-down house available

Assalamualaikum..

Ya tuhan kami, lama gila dah tak update blog angafey yang dulu memang hakak selalu update.Dah berabuk, dah report dah nak runtuh dah blogspot angafey ni. hahahah!!.. oleh yang demikian... hakak perlulah renovate blog angafey ini untuk nampak baru sikit! 

Lama tak lama... hakak last update blog pasal checklist nak kawin... tup-tup dah setahun dah hakak kawen rupanya..ohhhh maiii gucci.............!!! masa sangat merempit kala inni!! huhu


Alhamdulillah, bulan ni cukup 1 tahun hakak kahwin dengan mr.husband. Tapi, alhamdulillah..setahun perkahwinan ni hakak masih belum dikurniakan cahaya mata lagi. Alhamdulillah ekau kata? yup. Alhamdulillah, hakak masih sihat hidupnya, perkahwinan ini masih dirahmati dan diberkati kebahagiaannya. Hakak tak pernah sekali pun merancang, ikut dan je... haha.. tapi Allah yang tentukan rezeki tu kan. Siapa yang tak mahu kehadiran baby kecil yang penuh bau bauan syurga tu??? Siapa?? Siapppaaa?? Tapi, Akak percaya 100% ketentuan Allah tu. #mode_super_positive hehe.

Walaupun ramai
I just want to be the most positive person I know since there is nothing I can gain by being negative.Support me. Uni kalilah! hahaha

enjoyyyy!





S.O.P Pembelian Anak Bulus (Part I)

Sekian lama mengidamkan anak-anak bulu yang gebu and adorable. Baru tahun ni, bulan ni termakbul alhamdulillah. Hakak mendapatkan anak-anak bulus ini secara "Pembelian" ye tuan puan. Mengapa? sebab kalau boleh nak yang betul2 sihat dan mantap.huahua..

So, hakak nak memperkenalkan anak-anak bulus hakak ni...

From left : Acu (Miyu) and Angah (Miko)


Banyak benda perlu dipertimbangkan nak beli anak bulus ni. So, berikut ialah S.O.P atau Modus Operandi yang telah pun hakak gunakan.

  1. Meng "survey" kucingMacam mana hakak buat survey. Hakak guna kaedah 3 penjuru. Ecewah. Bukan PRU 13 je ada pertandingan 3 penjuru,hakak pun ada okay mak jemah sekalian.. 3 penjuru tersebut ialah
  2. PETFINDER Malaysia
    Mudah PET

    Pakai kaki gi kedai kedai petshop!
     
So, survey punya lama survey dari awal April lagi, akhirnya banyak berkenan anak-anak bulus kat petfinder ngan mudah.com la. Biasanya kalau pergi yang kedai petshop ni harga die macam nak beli Samsung S4 la plop. Mahal sangat. Tak gamak teman nak habiskan cash money teman.huhu.

2. Melawat tapak untuk tengok condition anak bulus sebelum pembelian.
 Setengah membuat beberapa discussion dan "meeting" dalam wassup. So, ada 3 calon tersenarai pendek untuk di temujanjikan. Yang pertama jumpa kat Petronas Taman Melati, sikit lagi nak sampai uia gombak haha. Tokei kucing yang 1st ni bawak 10 ekor anak bulus gila comei untuk di lelong.haha... dia dah takleh nak bela sebab bini die pregnant ke hape ntah. lupe plak. Dalam banyak-banyak tu, sekor je berkenan... jenis scottish fold. mmg comei, manja terletakkkk gituh... perhhhhh... tapi rega 1.5K pulop. Ok bye.

Lebih kurang camni la muka si scottish fold tu.. adik hakak peluk taknak lepas..since sangat manja!



Orait, sambung lain kali ye..perut hakak lapa plak..nak pi masak sambal udang petai sat..... zuuppp!!


My Favourite Shop Directories : Kain Cotton

Selalu sangat online shopping, so kena buat satu page lengkap kat mana tempat shopping yang kita selalu beli beli barang to. So that boleh datang balik beli lagi kain-kain cotton yang superb-superb cantiknya tu hahaha

CottonLovers


Fabulous Cotton


Azzara Cotton

My Favourite Shop Directories : Hijabs

Selalu sangat online shopping, so kena buat satu page lengkap kat mana tempat shopping yang kita selalu beli beli barang to. So that boleh datang balik beli lagi tudung-tudung tu hahaha

Puteh Boutique

Qaira Hijab
Chenta qaseh
Colorful Collection
Elora Fashion


Sugarscarf


Shawlbyvsnow: Malaysia Online Exclusive Scarf Store


Alesya Boutique

Qasriena KZNABIHAH

Popular Posts