Monday, April 18, 2011

hujan. taufan. Buta . Nat tercabut?

Malam semalam tido punya awal. Sakit perut macam ada blade dalam perut. Menggulung menggiling terguling saya di dalam selimut, dalam bilik untuk beberapa jam sebelum tertido. Sbb tidor terlalu awal, saya pun terbangun agak awal. Pulu 449 pagi ai dah terjaga. Terbangun pandang kiri-kanan. emm gelapnya. Tu je yang teringat ayat pertama yg keluar. Huhu..

Baru nak bangun buka laptop, tetiba dengar bunyi deruman helikopter yang sangat2 kuat beserta angin yang sangat2 kencang.. dap dup dap dup hati terus takot.. apekah? perang ke?? ke bencana alam? Semakin lama bunyi makin kuat. Deruman peluru bertalu2 turun menerjah atap. Rasa takot sampai ke ulu hati. Banyak kali terpikir, aku belom sedia nak mati lagi..huhuhu~~

Nauzubillah, rasa takot tu kurang bile sebenarnya itu hanya hujan batu yang datang bersama angin ribut. Tapi subhanallah mmg menakotkan..rasa betul2 nervous macam nak tejadi perang.Huhuhu..

Lama hujan turun. Hujan ni lain macam sikit, besar kuat dan angin yng dasyat. Iskk..jarang2 nak terjadi kat muadzma ni. Lama... masa drive pergi kerja pun x reda lagi hujan. Pasang lampu besa, wiper gerak paling pantassss punya pun still x nampak habuk pun kat depan. Dahla jalan da naik air..melayang2 viva ai tak dapat membelah air sbb tayor lebar.Huhu.. Takot betul pergi keja pagi tadi. takot macam2..takot engine mati, takot accident dilanggar orang atau terlanggar orang since mmg blur 95% permandangan.

Pandang depan hanya nampak satu line putih belah kiri jalan sbb hujan kurang ditapis pokok. Tapi still menyeramkan. Paling seram, kat simpang 3 kuantan-segamat. Xda apa yg nampak.. baru nak follow kereta depan amek turn kanan, tetiba jasad trelar warna biru bergerak pantas depan mata.. sib baik kereta myvi kelabu depan smpt break. Aku pun selamat kat belakang.Huhuu..... Alhamdulillah..slow2 jalan kua lampu emergency sampai..walaupun nak gi keje bese x smpai 5 minit..arini aku amek masa nak dekat 15 minit. lagi 3 minit fingerprint nak merah. :D

Sampai2 kawasan ofis, parking... basah kuyup jugak masuk ofis sbb hujan ribut, payung pun tak berapa nak berguna time tu. Tapi takpela yang penting selamat smpai.Demam no 88 skrang ni. Buat buat kerja pukul 5 30 nak balik tadi, tetibe perasan nat tiub angin tayar dah hilang? adakah hanyut masa redah air air segala pagi tadi? haha..allhu alam.. effek ke kat tayar kalau tiub tu takde? anyone?



high tea special made

Masuk ari ni dah 3 hari mood memasak saya yang telah berkurun saya lupakan kini kembali. Mak saya bersyukur panjang melihat saya mahu ke dapur kembali. Mengapa? Apakah yang terjadi? Takda apa-apa, just kerana kekangan masa. "ayat skema gomen officer" . dahtu camne mood nak masak tu datang? Emm..tak tahu, maybe sebab kat office dah kurang beban kerja sebab budak dah masuk final exam. So rajin la buatkan minum petang untuk family. :D
 
Setiap kali balik kerja, saya akan singgah Tunas Manja, beli ape saja bahan2 yang terpikir untuk disediakan sebagai minum petang or untuk kudap kudapan depan TV malam2 nati. Aritu, terpikir nak buat sandwich sardin+mayo. Yang simple2 aja.. masak sardin + mayonis + tomato +coral cabbage. Dah siap.. yang penting orang makan boleh kenyang sbb saya buat masak (or depa terpaksa je habiskan haha)

second day, semalam buat balik kerja singgah BS supermarket plak, beli Spiral Pasta nak buat Singapore Fried Pasta. Aaa... nama je cam pelik..tapi rasa cam bihun goreng je k.. haha..  Untuk taya campur susu segar HL ( dulu abah kata abah xleh minum susu, tapi die yang habiskan spiral goreng tu) ...

hari ni, mood masak masih ada lagi.. tapi teringin nak makan popia goreng. Intinya mestila carik yang paling senang dalam dunia. Saya beli tauge 30 sen, sayur campur packet kecik yg 2 ringgit  tu, minced meat and minced chicken, bawang, pepper and garam selet, gaul dalam beldi. Gulungkan dalam popia nye paper tu. Gam pakai kuning telur.Goreng. Emmm untuk sambalnya, saya sangat rajin beli je sos thai untuk popia cap megi. senang cite. Hee~~

Adakah esok saya akan senang hati di tempat kerja dan pulang bersama bekalan mentah high tea? Hopefully so.. :D



Friday, April 15, 2011

hankook tyre?

ha..nak update lagi ni. Entry baru. Boleh je sambung kat entry sebelum ni, kang panjang ngat nak skroll plak nanti kan.  =D

Em dari dulu lagi aku cadang nak pasang sport-rim kat kereta. Em sport-rim bese je. bukan mahal2 ape pun.. janji pasang sport rim. Nampak la ok body ebony yang da masuk tahun ke-3 tuh.. Before this pakai wheel cap je...dah bape kali pecah, dah berapa kali jatuh dah..naik penat nak beli..dah la susah nk dapat benda alah wheel cap tu kat sini. Kene pergi mana bandar yang sejam perjalanan semata-mata nak beli benda tu.

Alhamdulillah, awal tahun ni dapat bonus.... terus je pergi kedai michelin segamat, pilih2 sport rim..yang ni jugak yang berkenan. Sebab ape?? tak tahulah.Cinta itu buta. Miahaha..


Sport rim tu lebih kurang cmni tapi bukan la front color die silver, dalam die hitam.  Jenama pun lain..x silap jenama sport rim yang aku beli tu feeling motion kot~~~ abaikan ye.

Pehtu..x habis la kat situ, dah amik sportrim beso seinci dari standard rim size viva ez den tu. Kene la tukor sekali ngan tayor2 die. Emm..berkerut dahi la nak pilih.Ate....teman bukannye reti milih tayor.... pilih punye pilih.. terminat lak tayar lebar brand hankook. Aa...penah dengar jenama ni dah lama..tapi x pernah jumpa sedara mara or sepupu sepapat guna.. emm takut gak tersalah pilih. Tapi entah tak tahu kenapa, hati kuat nak yang ni jugak berbanding tayar lain yg dorang tunjuk cam continental, yokohama ngan ape ntah satu lagi x ingat.

ni la tayor nye..lebo n nipis. emmm...

Habis 1.2k jugak la untuk 4 tayar baru and 4 bijik sportrim. Agak2 korang ok tak harga tu? haha..ayat bese pompuan. dah beli baru sibuk nak tanya ok ke tak... haha..saya redha~~~ he




temporary freedom

Weee~ assalamualaikum kengkawan.. now angafey is back, not for more but not for less. Just for the time being.



Kerja-kerja-kerja. Bukan salah saya yang giler kerja, tetapi tempat kerja saya yang terlalu banyak kerja, apo nak buek..teman makan gaji je.. kalau teman bos lain la ceritenya. Huhu..

Ni time tulis blog ni masih duk pikir lagi entry tajuk apa nak bubuh ni. Tak da idea nih.Tapi nak jugak letak entry.Rasa cam rugi la kan, dah ada masa free sikit ni la time nak menulis2 kat blog yang dah lama diabaikan ni.

So bia saya gitau guana gaye norma kerja sebagai lecturer poli ni. Bukan polit MARA ye..poli gomen. Huhu.

Oleh kerana kami ni lecturer, mesti orang kata oooo lecturer kene sonang yo! ngajar2... tanda paper, wat paper, marah student apo apo yolah kan. Aku dulu pun ingat camgitu je kejenye.Cam excited mited la kan dapat jadi lecturer.

Dunia kerja sememangnya tidak seperti disangka . Dulu masa belajar berkobar2 rasa nak kerja kan? Nak pegang duit sendiri, nak beli tu nak beli ni, nak bagi mak duit bulan2, nak pakai kereta, nak ada rumah sendiri. Ooo berangan tak salah. Asalkan tahu bertempat. Tempatnya? tempatnya adalah kemampuan diri.  Gaji nak cecah 3 ribu pun x kan cukup sebab barang sume dah naik, jadi menten cun je kat tahap yang sama. Kompem2 la kan, expenses akan makin banyak mengurangkan saving. Kalau dulu gaji 3000, sebulan barang dapur 150 cukup dah kot. ada baki lagi 2850.

Tapi skrng.. emmm sekali ngan soflan, sabun basuh, makanan tung tang tung tang..400 pun kdg x cukup beb sebulan. Huhu.. so.. 3000 - 400 tinggal 2600 kan? Tu belom tolak duit minyak.. untung alhamdulillah tempat kerja dekat dengan rumah, let say pergi balik  kerja 12km je sehari, so seminggu leh la tuang RM15..sebulan RM15 x 4 = 60 paling maximum. Tu kalau wiken x gi jenjalan jejauh. Kalau g segamat cukup la sekali dah makan 30 inggit kan. So kire yang minimum jela.  Tadi ada baki 2600 kan, so tolak dengan 60 minyak (min) dah 2540. Tolak  bulanan kereta + astro + topap + PTPTN  dah tinggal 1600 cmtu. ITU KALAU GAJI 3000.. kalau gaji 2k lebih cm den ni ha... pikio2 la jugak cmno nak nyimpan kahwin + beli kereta cun sket + nak melancong. ha..sume tu cm.... angan-angan tahi ayam jela jadinye. Kene pilih salah satu je dalam tempoh 2 tahun. Huhu..

Aih..cite sal duit sampai bile-bile pun x cukup kan? tapi yang paling utama nye.. buat financial management. Budgetkan siap2 dalam seminggu nak guna berapa. Jangan overbudget. InsyaAllah cukup je. Weeee..

Eh, tadi nak cite pasal norma kerja, skrng dah masuk belanjawan plak. menyimpang jauh! haha.. alkisahnya keje teman cam ni la  admin ada + technical ada + lecture ada + professional exec ada + kuli capok ada.. haha macam2.. kire-kire nye mmg kene 360-oriented and multitasking la nak keje kat poli besa tapi staff sikit ni. Huhu..kalau poli besa, staff dah cukup..takdo masalah overloaded work burden cam ai ni.

papepun, saya bersyukur dapat rakan-rakan sekerja yang sporting. Yang terus membuat saya bersemangat nak bekerja dan terus berusaha walau bagaimana badai melanda. chewah!











Popular Posts