Monday, April 18, 2011

high tea special made

Masuk ari ni dah 3 hari mood memasak saya yang telah berkurun saya lupakan kini kembali. Mak saya bersyukur panjang melihat saya mahu ke dapur kembali. Mengapa? Apakah yang terjadi? Takda apa-apa, just kerana kekangan masa. "ayat skema gomen officer" . dahtu camne mood nak masak tu datang? Emm..tak tahu, maybe sebab kat office dah kurang beban kerja sebab budak dah masuk final exam. So rajin la buatkan minum petang untuk family. :D
 
Setiap kali balik kerja, saya akan singgah Tunas Manja, beli ape saja bahan2 yang terpikir untuk disediakan sebagai minum petang or untuk kudap kudapan depan TV malam2 nati. Aritu, terpikir nak buat sandwich sardin+mayo. Yang simple2 aja.. masak sardin + mayonis + tomato +coral cabbage. Dah siap.. yang penting orang makan boleh kenyang sbb saya buat masak (or depa terpaksa je habiskan haha)

second day, semalam buat balik kerja singgah BS supermarket plak, beli Spiral Pasta nak buat Singapore Fried Pasta. Aaa... nama je cam pelik..tapi rasa cam bihun goreng je k.. haha..  Untuk taya campur susu segar HL ( dulu abah kata abah xleh minum susu, tapi die yang habiskan spiral goreng tu) ...

hari ni, mood masak masih ada lagi.. tapi teringin nak makan popia goreng. Intinya mestila carik yang paling senang dalam dunia. Saya beli tauge 30 sen, sayur campur packet kecik yg 2 ringgit  tu, minced meat and minced chicken, bawang, pepper and garam selet, gaul dalam beldi. Gulungkan dalam popia nye paper tu. Gam pakai kuning telur.Goreng. Emmm untuk sambalnya, saya sangat rajin beli je sos thai untuk popia cap megi. senang cite. Hee~~

Adakah esok saya akan senang hati di tempat kerja dan pulang bersama bekalan mentah high tea? Hopefully so.. :D



No comments:

Post a Comment

Popular Posts