Showing posts with label kerja-kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja-kerja. Show all posts

Friday, April 15, 2011

temporary freedom

Weee~ assalamualaikum kengkawan.. now angafey is back, not for more but not for less. Just for the time being.



Kerja-kerja-kerja. Bukan salah saya yang giler kerja, tetapi tempat kerja saya yang terlalu banyak kerja, apo nak buek..teman makan gaji je.. kalau teman bos lain la ceritenya. Huhu..

Ni time tulis blog ni masih duk pikir lagi entry tajuk apa nak bubuh ni. Tak da idea nih.Tapi nak jugak letak entry.Rasa cam rugi la kan, dah ada masa free sikit ni la time nak menulis2 kat blog yang dah lama diabaikan ni.

So bia saya gitau guana gaye norma kerja sebagai lecturer poli ni. Bukan polit MARA ye..poli gomen. Huhu.

Oleh kerana kami ni lecturer, mesti orang kata oooo lecturer kene sonang yo! ngajar2... tanda paper, wat paper, marah student apo apo yolah kan. Aku dulu pun ingat camgitu je kejenye.Cam excited mited la kan dapat jadi lecturer.

Dunia kerja sememangnya tidak seperti disangka . Dulu masa belajar berkobar2 rasa nak kerja kan? Nak pegang duit sendiri, nak beli tu nak beli ni, nak bagi mak duit bulan2, nak pakai kereta, nak ada rumah sendiri. Ooo berangan tak salah. Asalkan tahu bertempat. Tempatnya? tempatnya adalah kemampuan diri.  Gaji nak cecah 3 ribu pun x kan cukup sebab barang sume dah naik, jadi menten cun je kat tahap yang sama. Kompem2 la kan, expenses akan makin banyak mengurangkan saving. Kalau dulu gaji 3000, sebulan barang dapur 150 cukup dah kot. ada baki lagi 2850.

Tapi skrng.. emmm sekali ngan soflan, sabun basuh, makanan tung tang tung tang..400 pun kdg x cukup beb sebulan. Huhu.. so.. 3000 - 400 tinggal 2600 kan? Tu belom tolak duit minyak.. untung alhamdulillah tempat kerja dekat dengan rumah, let say pergi balik  kerja 12km je sehari, so seminggu leh la tuang RM15..sebulan RM15 x 4 = 60 paling maximum. Tu kalau wiken x gi jenjalan jejauh. Kalau g segamat cukup la sekali dah makan 30 inggit kan. So kire yang minimum jela.  Tadi ada baki 2600 kan, so tolak dengan 60 minyak (min) dah 2540. Tolak  bulanan kereta + astro + topap + PTPTN  dah tinggal 1600 cmtu. ITU KALAU GAJI 3000.. kalau gaji 2k lebih cm den ni ha... pikio2 la jugak cmno nak nyimpan kahwin + beli kereta cun sket + nak melancong. ha..sume tu cm.... angan-angan tahi ayam jela jadinye. Kene pilih salah satu je dalam tempoh 2 tahun. Huhu..

Aih..cite sal duit sampai bile-bile pun x cukup kan? tapi yang paling utama nye.. buat financial management. Budgetkan siap2 dalam seminggu nak guna berapa. Jangan overbudget. InsyaAllah cukup je. Weeee..

Eh, tadi nak cite pasal norma kerja, skrng dah masuk belanjawan plak. menyimpang jauh! haha.. alkisahnya keje teman cam ni la  admin ada + technical ada + lecture ada + professional exec ada + kuli capok ada.. haha macam2.. kire-kire nye mmg kene 360-oriented and multitasking la nak keje kat poli besa tapi staff sikit ni. Huhu..kalau poli besa, staff dah cukup..takdo masalah overloaded work burden cam ai ni.

papepun, saya bersyukur dapat rakan-rakan sekerja yang sporting. Yang terus membuat saya bersemangat nak bekerja dan terus berusaha walau bagaimana badai melanda. chewah!











Friday, December 24, 2010

too busy made furious!

I got so much busy pace working environment lately. Despite lecturing, other side works need to be focused as well. Whereas , Iso,mqa, kPi, SAk, training, aset, Frp, mOu with others IPTAs, design web-based systems, students guidebook and all sort of kerja  yang menjalankan tugas perlu dibuat dengan rapi. Keterseksaan melecture students tanpa P&P yang sempurna cukup perit sudah, tambah lagi dengan segala kerja sampingan.

Principally, I purposely balik kul 5 pm tepat to allow myself not to think about work, refreshing my mind so that I able to lecture with smiling face. I dont want to bring any works back home. Sedaya upaya akan kucuba untuk siapkan juga kan office.Muka yang ceria, membuatkan mode jadi ceria dan terus pura-pura ceria dikala melihat students xpaham-paham mende yang kite ajar, walaupun stakat ajar satu subtopic, data-type. huhu.

Making slide notes are seriously tough hence references are not provided. Even the internet service and library are yet to be ready. One more challenge is to lecture until they understand. The problem is, language barrier, I can project my words well to lecture in English, but they did not even understand. I have to dwibahasa my lecture. At the end, when they answering quiz. They failed to perform. Why? They understand sipi-sipi only. If I start lecture in malay, they surely understand, but the think is they can answer the quiz because most of the term is in English. Complicated enough to make me fuzzy.

I fully aware they are not like us, university students, they are the leftover from those SPM students. Yang bagus2 dah selamat masuk universiti/matrik.I am not saying they not smart but they a little bit slower learner. English is their killer subject while taking SPM. Some of them dont have single A even B. This is a very big challenge to train them in english. Haishh.. dalam kelas bahasa enggeris pun depa suh cakap bahsa melayu, ini kan plak, kelas2 biasa. Tapi apakan daya, usaha mesti terus usaha, kalau bukan lecture yg cube mengubah cara pendidikan, siapa lagi la kan.

Sunday, December 12, 2010

3D Game Engine

Dulu kan kalau dengar 3D rasa wah...teringat kat game game yang gempak gempak tu kan, cm Final Fantasy, Samurai Warrior, NFS, Theft, The Sims 3 and mcam-macam lagi la kan. Duk terpikir, cam ne la dorang buat game cecantik camtu, gunung betul2 nampak sebijik cam gunung.. (x kan cam kipas lak kan? huhu). teringin sangat senye nak reti wat cmtu. Memula kene lantik gi kursus ni, perhhh seram sejuk senye, takotla kene wat kan..kang tak pasal2 malu nama kampeni ai sebab ai tak reti buat.

Tapi seb baik, technology is a great enabler skrng ni. Nothing impossible sudah. Skarang, x payah susah2 nak start from stratch buat 3D modelling. Dah ada software nye sendiri, and kalau nak buat 3D game, kite guna software yang ada "game engine"

Secara basic nye, dalam sesebuah "game engine" ada beberapa component asas antaranya  

"Graphic Engine" yang mana provide kite graphic2 paling best untuk cipta suasana game yang sangat real and cam best.

Keduanya, "Physic Collision" yang ni plak untuk hasilkan effect2 cam contohnya, bola A terlanggar bola B, so bola B akan tercampak jauh..mende2 camtula.Flash pun ada mende nih. lebih kurang functing "hitTest" ke "testHit" tu.Lope plak.

Ketiganya, "Artificial Intelligence" ni untuk bagi player rasa tercabar di cabar dalam cabaran masa main game tu.Tapi, game takleh 100% intelligence, dah melanggar prinsip sebuah applikasi permainan.<-- instructor tu yg cakap gitu.,hehe.

Seterusnya, "Asset Manager", game engine ada asset manager untuk menyimpan semua harta benda sebuah game termasuklah, image, effect setting, script, coding, sound, module, ape segalalah. Kalau xde mende nih. Kire x jadilah 3D tu.

Pastu ada lagi, "Particle Engine" yang ni lah yang cipta effect cam letusan bunga api, volcano ke, bom ke..salji ke, bunga-bunga cinta ke...etc

Ada banyak lagi component2 dalam sebuah game engine tapi tak dapatla nak terangkan secara detail. Tapi once, dah pegang software 3D ni, kene la pepandai explore sendiri untuk jadi lebih expert.


Antara yang di ajar memula nak buat game tu ialah die punya environment design. Contohnye kalau nak wat game perang2 zaman jepun tu kan. Kene create dulu die nye tempat tuh. Bermula dari sebesar kawasan gunung or banjaran, pastu bukit bukau, sungai, laut..pastu pokok2, rumput, jenis rumput, pastu painting die, kalau bukit warna hijau2 dengan batu2 sikit, ada la texture yang kene pilih. Em ala-ala main the sims pun ada jugak. Pastu, barula buat satu2 die punya rumah ke.. banyak keje la.. semua nya kene sangat detail. Nak set cahaya matahari lak, kene guna "skybox" package. Nak set laut kene guna "NormalWater" nye package.

Pastu kene set plak character untuk main game tu kan. Character tu plak kene la di set kan effect nye, kalau rumah ada tangga, character mesti boleh naik tangga tu. Tu semua kene setting dulu.Even, nak bagi die boleh bukak pintu pun kene wat coding nih. Set coding kat pintu, pastu set coding kat orang nye plak, bape meter gaknye jarak orang ngan pintu, baru pintu tu leh terbuka.,EMm...akhir kata mmg leceh la wat 3D game ni. Tak kose nyah nak buat. Beli je kat kedai.Sonang! hehe

Inilah contoh development interface software nak buat 3D game nih. Interface ni yg tolong senangkan kerja link kan gambar, scene, 3D image, sound, package ngan coding2 segala.


Ini perkongsian ilmu yang aku dapat masa g kursus aritu. Tak berapa lengkap.Mana yang ingat je la ye kawan2. (^_^)

Saturday, December 11, 2010

malam-malam yang boring

This week patutnye lecture dah start. Tapi kene lantik g kursus 2D/3D progmmg kat APIIT & UCTI dalam Teknologi Park sana. Ikut prosedure kalau sorang je pergi kene apply kereta jabatan. Kalau misal kata kereta jabatan tak available baru boleh drive sendiri. Di kala dah lama tak drive jauh and bandar besar, kompem la malas nak drive sendiri.Alhamdulillah, kereta jabatan ada dan driver pun ada yang available.So, pergi and balik driver hantarkan. Syiok rase.

Ni first time pergi kursus external so tak tau cm ne rupenye. Hari Ahad pukul 945 pagi driver dah smpai depan rumah (masa tu aku baruuuu je siap mandi, kelam kabut nak siap huhu). Aritu deal nak ambil kol 10. Bagus2. Inilah janji melayu alaf baru! 3 jam driving dah sampai KL. Serious laju pak driver tu bawak..hadeyy..penat ai tekan break tangan and kaki.huhu. Ape ape pun alhamdulillah selamat smpai.

Tengok itenary, boleh check-in hotel after 3pm. Tapi tengok jam baru kul 1245 tgh hari. woosh..driver dah nak kene balik dah. Nak lepak mane nih? Nak call member. em keje. Jadinye berusalah saya nak check-in jugak seawal mungkin.Sib bek boleh sbb bilik mmg kosong.Kalau x? mau nye duk kat Masjid Jamek Sri Petaling tu ngusung beg sesorang.Huhu..sedisss..pelarian sungguh.

Dapat bilik tingkat 5, mosque-view..sangat menginsafkan. Nampak la permandangan yang menyedihkan. Kite ni sedap2 duk kat hotel, ada aircond, tv, semua serba serbi selesa, tapi betul2 depan mata, ada orang merempat menumpang tidor makan kat belakang masjid.

hari-hari si fulan ini makan bersama-sama kucing. Bagusnye walaupun die hidup susah, die tetap share jugak separuh makanannye kat kuceng ni. Huhu..
Jauh beza tempat tinggal si fulan ini dengan diriku..huhu

sambil men FB tengok TV    
katil sana wat main FB and katil belah sini buat tido..hehe
Kusangka ada roomate rupanye enggak ada. Camnila jadinye dua dua katil nak conquer. Snagta boring ye kawan-kawan duk sorang sorang.Huuuu~~ dahla training smpai pukul 5 je.. malam x reti dah nak buat ape.Puas guling ke sana- ke sini.Huhu..

Saturday, December 4, 2010

Lecturer started. Ubuntu Lucid Lynx

Alkisah masa jalan memang cepat sesangat. Rasa cam semalam baru lapor diri. <--ayat default yang selalu kene pair dengan masa yang jalan ngan cepat. Ngape ek? Abaikan.

Alkisah kedua, alhamdulillah the whole jabatan dah fully transferred ke campus sebenar. Penantnye ya Rabbi tak leh nak kabo! Kelua semua kelenjar2 sendi yang mampu membuatkan tidor malam tak lena. Meja pun dah settle. Jadual ngajar pun dah kua semalam. 18 contact hour seminggu. Emm..bolehkah saya.

Jadual nampak cam tak pack. Subject first kene ngajar is Open Source OS, hari isnin pukul 800 pagi! That is why I hate monday. Huhu. Means susah dahla nak apply cuti tahun lepas ni. Kalau nak cuti mesti mau ganti balik segala kelas. Em.. bolehkah saya jadi lecturer yg baik hati? Cuti and xyah ganti, belajar la korang sendiri kat bilik kan boleh?? huhu. Cukup bulan ai bagi kuiz, cukup 3 bulan ai bagi test, cukup sem, i bagi exam. Camtu je, xleh ke? huhu

So, for the first, x sempat nak study la...camne ni!!! Aritu officemate dah bagi dah satu file 2 inci tebal suh baca tentang admin linux. Belek punye belek cam note NSA kite je lagi senang and mantap. Huhu.. So, saya abaikan. Dari dua bulan lepas, derang suh install linux OS suh mantapkan skills linux admin. Tapi mana nak sempat, time tu la jugak nak pindah kampus, time tu la jugak nak kene jadi AJK pendaftaran pelajar baru, time tu la jugak nak kene develop website. Wooh wooh... astaghfirullahal adzhim! Jadilah hamba yang bersyukur dayah.. <--monolog dalam hati.

So, arini donlod and burn ISO siap2 latest version Fedora ngan Ubuntu 10. Isk isk..lama dah x men ngan linux os ni. Ntah ingat ntah tak. Ni baru sudah install Ubuntu 10 yang diberi nama Lucid Lynx. Ape kebenda ntah lucid lynx tu agak? lynx tu kuceng kan??

Tapi nampak cam ubuntu dah bnaykkkkkkkkk improved. Tak yang susah2 nak cari driver merata2. Dulu masa guna ubuntu 8 tu..punyela jenuh cari driver untuk broadband. La ni tak payah daa..cucuk ja.. wizard kua.. die carikkan, kite bagi je APN. Bagus bagus. Em tapi dari dulu curious kenapa internet connection dalam linux os lagi laju dari xp eh?? ada sape2 tau ngape? <--saya malas nak buat research. huhu

So, balik kursus satgi (kene gi kursus kat Key Ell 5 hari) ngajar c++ plak. Kompem2 la dah lupe.

mau tengok jadual ngajar saya tak? haha

Ni la jadual ngajor. Nampak cam x pack kan..itu blom lagi tambah keje office yg fulltime je kawan-kawan.. huhu

Sunday, November 28, 2010

End up paying RM100 for nothing.

Ni nak citer pasal duit. Huhu time-time gaji kene hold ni pengawalan pengeluaran duit lebih penting dari kemasukan duit ye kanak-kanak sekalian. Tapi, malangnye nak kontrol duit juga bukan senang, kadang-kadang kite kene bayar mende yang tak sepatutnya. Malangke? Tak...itu maknanya duit tu bukan hak kite, tapi perlu ke saya menghabiskan 100 ringgit malaysia untuk pakaian seragam hanya untuk koir peringkat dalaman, hatta bukannye pertandingan. Ohooo..sangat tension, 100 boleh buat makan dua minggu kot kat mukzam tu. Huhu. Baju apekah 100 tu? baju kurung moden je wak... tapi apesal mahal cmtu? den pun x tahu.. tukang beli markup lebih or Allahu'alam..huhu.. Nak tengok baju tu? meh makcik tunjuk.. xdo cantek pun.. selekeh yo den pakai...uhuuu my money is flying flying! huhu.. ape ape pun alhamdulillah koir sudah tamat, baju 100 hengget ni.. simpan lam gerobok je. Since ada lebih 20 orang ada baju warna sama.huhu..

Silalah abaikan tag nama tu ye. Masa Koir je pakai.huhu

Disripsi bajet = kain ela 4mtr(RM50) + tudung express biru(RM15) + upah jahit (RM35) = Total(RM100)
p/s: awat depa x beli je baju siap kat mydin baru 29.90 cantek hape! Sabau jelah.

Monday, November 15, 2010

Inspecting new office!

Hari ni masuk office penuh dengan kekalutan dan kebizian yang datang tiba-tiba. Baru nak check email, colleagues dah ajak breakfast kat canteen sekolah before semua makanan licin dibedal dek cikgu cikgi sekolah teknik yang ramai tu. Lepas balik dari makan, wat lak meeting ngan inovation partner tentang progress development web-based sistem asrama before new intake registration run hujung bulan ni. Pot pet pot pet, tengok jam dah pukul 11 pagi dah. Haih, duk teringat tentang FRP yang belom get ready hatta file pun x da lagi sedangkan pensyarah2 lain sibuk duk update and completekan dorang nye FRP and ada yang dah submit ke KP dah. Pi tanya PA, sib bek PA baik hati nak tolong check kat admin office. Sedang duk siapkan FRP tu, ada plak lecturer department lain datang sibuk nak pinjam module book nak study untuk next sem. Teringat plak yang aku ada 7 subjek kene study semula nih. Haish, baru terhengeh2 pergi lemari file carik module2. Semangat ni konon nak study, satgi tengok module belambak gile. Emm..tutup terus, wat wat tak nampak.Ngahaha..saya masih tak ada mood lagi nak study.huhu.

Yang saya minat skrang hanyalah nak study fedora, linux2 command tu semua kene practice semula since ajar subjekt open source OS. Gilor lah.Dulu NSA pun hempas pulas nak skor. Lepas settlekan fail FRP (isi masih kosong) terus gi sambung wat website lagi. Tengah develope baru dua screens, member dah ajak pergi lunch. Pehhh..cepatnye pukul 1! Tengah2 makan tengah hari, collegue gitau yang diri ini juga diassign untuk buat design inspection kat real campus pukul 3 ptg. Pehhh, bila masa plak ntah di assign. Cis, tekocoh-kocoh gue balik rumah amek kamera canon gue yang tak seberapa tu.Sib baik rumah dekat je. Ooo masuk office dah terlewat setengah jam..ehh relax je..sib bek hujung sem xda kelas dah. Kalau tak, mau bebudak kelas dah lama balik tido sbb lecturer lambat. Cam kita gak la dulu-dulu.Sonok ngat kalau lecturer datang lambat kan? haha.

Sampai2 campus baru, dah terpinga-pinga dah na pergi mana, too huge too know which is my ICT building. Jauh di hujung mata, senior yang dah tunggu lebih awal pakai baju purple melambai-lambai penuh semangat. Kecik cam semut je nampaknye. Maka nya dengan plan structure di tangan pegila terkedek-kedek menapak dengan heel nye.Adoss, kalau ku tahu, dah lama aku pakai sport shoes! huhu.. Antara building ICT yang sempat di snap:

ICT Building on the left
Lecturers workspace - sangat luas untuk hanya menempatkan 25 orang pensyarah. Kene plak aku salah sorang daripada  3 orang yang bertanggungjawab untuk wat interior design and arrangement...cukup kretif and kritis kah haku?huhu
Keluasan office baru ni boleh memuatkan 99 parrtions dengan 132 network ports tapi nak guna hanya untuk 25 je. Bayang la leh main pingpong, badminton, agak-agak nak wat x indoor game nye bilik. Ngehehe
Banyak lagi nak design nih, pantry, dua surau, 3 meeting rooms, lobby, frontdesk counter.Owh..why why..kenapa tak bagi yang dah siap tinggal masuk je! huwaaa. Dengan lantikan dua jawatan sampingan as Penyelaras Latihan Staff, Penyelaras Jadual Waktu Jabatan, Coach Kayak (layak kah? zul tolong aku please!) lagi, agak-agak leh imagine tak how aku sambut new year nati? huhu

p/s: Bersyukur dah ada keje walaupun bizi daripada takde keje makan gaji buta lagi tak senang duduk. Wish me luck my friends and boyfriend.Hehe (^_^)v

Wednesday, November 10, 2010

hari-hari yang meletihkan!

Walaupun minggu ni tak kerja. (Kene attend internal induction course je selama 5 hari) tapi hari-hariku bertukar menjadi hari yang sangat meletihkan. Dari pagi smpai petang duk berteleku dalam meeting room, dengar talk, jawab case, dengar talk lagi, mengira-ngira, kira guna banyak tenaga juga nak proses input dan tumpuan. Then, habis office hour je kene terus ke practice port untuk training choir 5 lagu tuh.Aduhai..smlm ada kelas vokal plak, latih pernafasan dan suara dari prut. Tenaga habis, suara pun habis, berdiri sejam lebih melantun suara yang tak berapa sedap dan x berapa menyumbang nih.Haishh... Nasib baikla, semua kawan-kawan pun ada sekali, takla rasa teruk sangat.Happening juga dalam kepenatan begitu.

p/s: la ni baru tahu ada lagu politeknik and satu malaysia..huhu..

Monday, November 8, 2010

money woke me up!

I will have internal induction for this whole week. Seriously the first day was seriously boring. Amat! Tapi this is what needed in order to be confirm in my own post. Banyak lagi kursus-kursus kena pergi. Bukan satu dua, mungkin juga bukan tiga empat, tapi lebih dari lima enam tujuh lapan..haha. Xpela, asal lunch is provided, saya SUKA je. hehe.

Among the three slots hari ni, second last slot sangat menarik, elok elok, muka dah nyorok belakang kerusi orang depan sebab kemengantukan dan ketiduran, dengar pasal formula pengiraan ganjaran pencen terus masing-masing duduk tengak. Mata membulat dan senyuman satu Malaysia terukir di pinggir bibir. Ngeeee~~ Kerja belom pun sampai dua bulan, dah sibuk masing-masing kira pencen yang lagi 25 tahun nak dapat.Haha.. pelik la..how come I like so much this money calculation sejak dua tiga menjak ni? Omaigucci!

Tapi sangat seronok pengiraan itu semua, semoga saya panjang umur , sihat dan murah rezeki untuk lagi 25 tahun... kalau dulu masa mula-mula kerja, dapat duit gaji nak asing kan duit untuk bayar kereta pun lemah semangat, kalau boleh tangguh nak tangguh, kalau boleh tunda nak tunda, kalau leh x yah bayar lagi la suka. Banyak cantik? Tapi hidup tidak selalu la indah..langit tak selalu cerah... saya tahu saya sedar, saya rational!
Tu baru duit kereta, belom lagi duit PTPTN yang berbaki 18k tu. Skrang baru timbul kesedaran sivik nak membayar hutang, risau kebebalan dan keterlupaan yang sering jadi skrng ni, disebabkan ketidakberkatan duit yang dihutang lama-lama macam tu. Soal isu haram tak haram, along tak along si interest PTPTipu ini itu saya dah serahkan pada Allah la, niat saya satu, saya meminjam untuk kesenangan saya dahulu, kini saya ingin pulangkan kembali dengan titik peluh sendiri.Tak sesusah mana juga selagi halal dan berkat kerjaan kita.InsyaAllah cukup je.InsyaAllah. Tapi kan, Alhamdulillah, walau tak konsisten, tapi ada la membayar hutang PTPTN ni lepas stop kan dulu. Nampak cam x naik mendadak dari nilai asal pinjaman. Dari 2 tahun lepas sampai skrng naik dlm 700 je kot. Tu pun dah makin kurang sbb skrang dah boleh konsisten bayar tiap bulan,lebih sikit bayar nak bagi habis awal. InsyaAllah. Banyak lagi target lebih besa nak capai lepas habis semua hutang piutang ni.

Tangguh itu satu beban. Kalau kita tangguh wat homework hari isnin yg pelu submit hari rabu, nati esok hari selasa datang kelas cikgu bagi homework, bertambah la homeworks kite kene hantar hari rabu kan? Elok elok satu malam satu homework, kalau tangguh satu hari, jadila 2 homeworks satu malam kan? Betul x? Mcam gitula juga prinsipnya dalam menangguh bayar hutang. Aritu, bile buat kire kire, pikir-pikir tonggang terbalik, hutang takleh biar lama-lama, makin lama makin banyak plak hutang tu jadinya. Bia la susah skrng takleh nak enjoy2 sangat pakai duit, tapi hutang bayarkan dulu. Paling kurang 8 tahun kendian, PTPTN dah habis. Kurang dah beban hutang 200 sebulan. 200 boleh bayar mcm2 ooo masa tu.Boleh la beli baju raya cntik sket untuk anak ke kan.. 8 tahun kendian dah kawen and ada anak da kot kan? insyaAllah..haha. Beruntunglah kamu yang takda hutang ngan PTPTN! Sesungguhnya segala hutang itu beban pilihan masing-masing. Jadi senyumlah membayarnya semula. huhuhuhu.. tapi saya senyum dalam tangisan.. HUtang kereta lak maybe habis dalam 7 tahun lagi ke kan. So x smpai 10 tahun lagi insyaAllah saya bebas hutang yang menolak gaji bulanan saya selain tolakan EPF yg bagus itu. Masa tu baru la lega nak beli pape ke kan.. umur pun baru 34 tahun. Kira masih muda lagi la kan, walaupun i sentiasa awet muda. haha Boleh rancang balik structure kewangan dengan lebih baik. Haish..rase cam dah masuk rancangan Money Matters plop. 

Dalam masa tu jugakla kene strive untuk kenaikan pangkat segala mende hal. Bagusnye dah kerja, gaji boleh naik naik..jarang pulak makin turun-turun, paling teruk statik je 20 tahun.huhu..Dah kerja jadi lecturer, kenaikan pangkat tak melalui kekosongan, hanya melalui research, keje luar dan inovasi..kene la banyak idea nak buat thesis2 bagus nih. Haish...25 years later, how many paper will I manage to publish agaknye? huhu

Haish..cite pasal duit ni...xleh habis lah. Dah macam drama bersiri plak.Satgi nak sambung je. Kene simpan dulu la sikit2.. haha.. saya mahu bersiram. Semoga kita menjadi insan yang bijak berbelanja juga! (^_^)v

p/s: Allah maha pemurah, dikala gaji xda ni ada hamba Allah yang belikan cover rim baru satu set lengkap dengan design yg lebih bergaya. Saya sngt la suka. Haha. terima kasih Allah!.dan terima kasih yang tolong bayar!Hawa I lap u lah!

Thursday, November 4, 2010

white head band - subjects marathon!

Hi readers! Arini ai dah dapat confirm letter untuk subject-subject yang bakal ai ajar nati. Mata bagai nak terjojol keluar bile tengok kat list, berterabur nama 'hidayah' dalam slot slot class yang sedia ada. Sana hidayah sini hidayah. I counted all and found I need to lecture for 7 subjects!! 7 subjects people! Aritu masa mula-mula masuk semua orang duk kata lebih kurang 2 or 3 subjek je.. arini hoh 7 subject die bagi ke aku.huhu cmno tu camno? nak study lagi nak ngajar lagi? bagi la satu dua dulu..test drive dulu..huhuhuhuhu. Tapi ape pun, ini amanah and tanggungjawab.. saya redha. Saya bersyukur saya ada kerja, daripada makan gaji buta lagi bahaya.

I asked my other colleagues under the same department, dorang ajar dalam 4 or 5 subjects. I asked senior lecturers lak. Dorang cakap I am the only lecturer majoring in Software Engineering which the most wanted major needed for a lecturer in this ICT department. Sebabnya? most of the subject UIA kita dah cover. Huhu.. antara 7 subject calon calonye ialah:
  1. ...Programming Principles
  2. ...Co-curiculum I ( tak tahu kene ajar apekah ini)
  3. ...Programming Fundamentals with C++ ( sib baik bukan C#)
  4. ...Desktop Publishing
  5. ...Database System
  6. ...Open Source Operating System
  7. ...Web Authoring
 Ai just hope, ai can do the best je nak ajar dorang.Hope dorang boleh paham. Lagi2 nak ajar dalam BI, tapi depa x paham snagt BI, nak terang dalam BM istilah2 ini semua bukan kerja mudah plak. Tapi InsyaAllah! Ai akan lakukan yg terbaik untuk mendidik anak bangsa! Chewah!

p/s: Kene study balik la nih! Activate balik study mode cam nak jawap SPM. huhu

Saturday, October 30, 2010

Claim untuk Lapor diri

Ini yang bagus ni kaalau keje gomen ni. Selain dapat elaun macam-macam masa keje, rupanya dapat jugak claim untuk pergi lapor diri haritu. Tapi claim ni lain sikit dengan claim minyak kalau dah betul-betul kerja.

Claim untuk tambang kita pergi lapor diri ni disediakan dibawak Skim Bayaran Balik Tambang Lantikan Pertama.  Olehjkerana tak boleh claim pakai mileage, kene claim melalui kadar yang dah dorang tetapkan jela. Misal katae dalam kes angafey ni. Claim yang dapat diclaim (bahasa apekahhh?) hanya sedikit ini sahaja.. tapi ape pun syukur la kan..ada jugak dapat duit balik.. ^_^

Claim Lantikan Pertama
  • Bermula dari alamat kediaman dalam surat lapor diri ke tempat lapor diri.
    • Muadzam Shah ----> Putrajaya                                                          :      RM 65 
  • Dari tempat lapor diri pertama ke tempat lapor diri kedua       
    • Putrajaya ------> Muadzam Shah                                                       :      RM 65
Total dapat semua : RM130 nett

Tapi bila dah start keje sebulan, baru la boleh claim untuk mileage. If, claim lantikan pertama boleh claim pakai mileage. Banyak jugak leh dapat. Contohnyes:

Muadzam ---> Putrajaya = 260km (lalu kuantan)
Putrajaya ---->Muadzamm = 260km (lalu kuantan)
Total Mileage : 520 km
Hotel : 160/sehari atau RM 55/sehari untuk lojing kalau xde resit.

So, 520km x 0.70 sen = RM364 + RM55(lojing) = Jumlah claim boleh ditebus = RM 419 nett

p/s: mileage rate per kilometer adalah mengikut gred jawatan anda. If anda bawah dari 41, rate kurang dari itu. If atas dari 41, lagi masyuk la.

woosh..mantop.

Em...bile la nak outstation ke gi kursus ke pasni. Tak sabo nak claim.( ^_^)v

hey! meet my colleagues

Kawan-kawan ku tersayang.. I would like you to meet my dear colleagues at my workplace who have the same day of report duty with mine. ^_^

My dearly lecturer friends from vary departments. Introducing from the left, me, ifa, diba, nurul, leen, shima, reza, sharon, azmir, tan, nuar, pui pui, firdaus and eli.
 Since, the day we came here was the same, we apparently being such close friends to each other. Susah senang sama-sama di dunia kerja yang baru bagi saya ini. They all ni semua lebih kurang kengkawan kita jugak..suka gerak berkumpulan, gila-gila but very friendly and supportive la.Sngt informative juga. I myself could not believe I finally is here as a lecturer. Terasa mcm budak-budak lagi kerana sentiasa ada kawan yang gila-gila begini. One more thing different, they dun have that photography syndrome like us! That makes me miss you all my dearly iium friends. huhu.

pengalaman melapor diri

Pejam celik pejam celik dah 2 minggu dah dengan gomen sebagai PPPT ni. Sekejab sangat rasanya masa jalan. Rasenye baru semalam packing2 barang nak pindah balik Muadzam dari Pandan Jaya.

Ada yang tanya how's the report duty. Since ramai juga kengkawan yang bakal kerja gomen, tak kisah la you all melalui SPP or SPA. The procedure might be different but I think not a big different. Pada yang dah gi interview and bakal pergi interview. All the best k! InsyaAllah ada rezeki tak kemana.

Untuk posting PPPT ni, orang dapat dua(2) surat lapor diri.
  1. Arahan Lapor Diri di Putrajaya under MOHE, 18hb November 2010, Selasa. 8.30 pagi at Dewan Seroja, Presint Diplomatik. Bangunan yang sama orang buat international passport aritu.

 
Masa report duty yang first under MOHE tu mmg dah duk KL da..so xde masalah nak tidur kat mana or nak bertolak sebelum subuh untuk smpai putrajaya or ape. Just bangun macam pergi keje biasa. Lalu MEX yang tenang and bert'tol' itu pukul 7.30 pagi. 8.15 dah sampai sana. Dorang dah susun siap-siap nama mengikut kaunter pendaftaran. Oh ini perlu dicontohi oleh semua orang. Kaunter pendaftaran ada 7 untuk menampung 305 orang penjawat awam yang baru. (campur scholarship holders and open). Kebiasaannya tak campur. Tapi posting kali ni dikatakan panggilan penempatan terbesar untuk menampung kekurangan penjawat PPPT di seluruh politeknik di seluruh negara.

Lepas lapor diri, dapat satu paper back mohe yang dalam die ada Offer Letter and report duty package (sebungkus dokumen2 yang perlu diisi untuk lapor diri kat tempat posting huhu), air mineral, pen, kertas, notebook ha..benda2 bese la kalau pergi conference ke confirm dapat menda2 mcm ni. 

Pastu kene masuk dewan seroja tu untuk dengar taklimat lapor diri PPPT yang disampaikan oleh top management MOHE under JPP (Jabatan Pengajian Politeknik) and the famous called person dalam forumotion PPPT tu..Encik Asyraf. In a nutshell, (aku selalu guna masa SPM kalau wat karangan BI) taklimat tu sentuh pasal etika, prosedure, cara keje penjawat awam la lebih kurang.

  1. Arahan Lapor Diri di tempat bertugas, 19hb November 2010, Rabu, 8.00 pagi. Pahang.
PMS,Pahang
Balik dari Putrajaya dalam puku 1.30. Terus packing2 masuk dalam kereta semua barang and bertolak balik muadzam pukul 3.00 petang. Budget before maghrib mesti smpai rumah sbb takot penat sangat esok nak start keje.Alhamdulillah smpai umah pukul 6.15 ptg.

Kalau ikutkan report duty kene ikut sistem Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) yang gomen applied sekarang. Untuk DH41, WBB yang digunakan ialah dari pukul 8.00 opagi smpai pukul 5.00 petang. So before pukul lapan dah kene ada kat tempat keje untuk punch card. Lewat satu minit kad dah jadi merah. Kalau 3 kali merah, nati dapat kad merah plak. Terjejas la kan reputasi bile kene tindakan tatatertib nih. So, make sure be on time jela pagi tu. (^_^).

Tapi oleh kerana that day was my first day, I pergi report duty pukul 10.00 pagi. Haha..makin lambat plak, mengapa? haha.. sbb tak mau la awal sangat...semangat sangat plak nati orang kata. haha..lagipun penat semalam drive x habis lagi. huhu. Dah la salah tempat lapor diri. Haha.. nama je orang mukzam tapi tak tau mana tempat nak daftar, How Am I suppose to know. Muadzam changes so much oredi. haha

Report duty kat tempat kerja ni leceh sikit since banyak sangat kene buat mengikut procedure DAN ianya tak settle dalam sehari. Mengikut pengalaman, I just settle everything last two days. Meaning it take more than 5 days altogether. Bersiap sedialah kamu yang bakal kerja kerajaan. Make sure these two things always in your keeping.
  1. Ball pen hitam. Not fountain pen or blue pen.
  2. more that 10 passport photos.
 Untuk rujukan sama-sama di bawah semangat satu melesia, ahaks. anatar mende-mende yang dibuat semasa lapor diri ni adalah:
  1. Isi borang pengistiharan harta. (kalau takda, tulis T.I.A.D.A) huhu
  2. Isi borang maklumat latihan.kursus kakitangan (kene induction ke, btn ke, kursus kahwin ke)
  3. Lengkapkan package yang diberi kat putrajaya aritu. Termasuk medical checkup punya report, Aku janji, surat akuan sumpah dll. Kene bagi gambar 5 keping.
  4. Medical checkup ni buat kat hospital kerjaan.FREE. Suh admin uruskan appointment.
  5. Surat aku janji ni kene baca depan pengarah, ala-ala ikrar yang kene angkat tangan tu. Then sain dua kali baru la pengarah sain akhir sekali.
  6. Surat akuan sumpah plak, yang leceh kene cop majistret. Tu yang kene gi mahkamah tu.
  7. KWSP account, salinan IC, salinan buku bank, kene buat kalu nak gaji cepat kurang dari 3 bulan.
  8. Pastikan anda tiada rekod jenayah. Setakat rekod dalam buku disiplin kat sekolah bukan dikira jenayah ok.
  9. Baju kurung kena banyak je kanak-kanak, keje gomen kene pakai baju kebangsaan je. Taknak baju kurung leh pakai cheong sam or sari.mau ke? haha
  10. Bagi lelaki, seluar slack and kemeja mesti mau sebundle.
  11. Kereta cam keperluan je. Dah amek lesen kereta? Saya sudah, anda bile lagi? haha
  12. Borang email organisasi. wat email yang formal tu la. 
  13. Apply sticker kereta. =P
Itu antara kerja-kerja prosedure yang ingat. Ada lagi rasenye yang lain tapi tak teringat lak di pagi pagi sabtu yang tenang dan sejuk gerimis ini. Yoshh..! jumpa lagi. dadidu!

Popular Posts